ABOUT ME



Assalamualaikum!

Nama diberi Naseha Syahira binti Md Razali dan Sarinah yang bermaksud Nasihat Termasyhur. Dilahirkan di dunia untuk menjadi khalifah dan hamba-Nya pada 21 Februari 2001 di Hospital Pantai Cheras Medical Centre. Masih berangan-angan untuk mencari cita-cita. Melayari internet, membaca, membuat maksiat, membuat benda lagha.. itulah hobi Nas. Allahu. Nas sedang berubah. Jangan kecam Nas pula!

Menuntut ilmu di sekolah yang biasa-biasa sahaja. Tidak perlulah di'mention' rasanya.. ehehe. Yang pasti, memori semasa persekolahan masih kuat melekat macam cap gajah di kotak memori. Kini, menuntut ilmu di bumi tarbiyah mu'min professional! Sekolah yang baru digelar Sekolah Kluster Kecemerlangan. Alhamdulillah..

Punya rakan-rakan yang ramai, tetapi sahabat yang sedikit. Itulah lumrah kehidupan. Biarlah kita yang menjadi 'sahabat' untuk orang lain..

Fakta tentang diri ini..

Nas seorang yang mempunyai emosi yang tidak stabil. Bila mood happy, Nas happy sangat! Bila mood angin taufan plus guruh datang, semua orang Nas nak marah.. sian dia.. ehehe

Nas sangat sensitif bab-bab barang ni. maksudnya macam bila barang Nas hilang, kena rembat dengan orang, orang pinjam tak bagitahu, buat barang Nas macam barang sendiri, Tak jaga barang Nas betul-betul, barang rosak, sampaikan kawan Nas bergurau nak main-main dengan barang Nas pun Nas sakit hati. Kadang-kadang sampai tercakap benda tak sepatutnya.. Tak naklah sebut.. ehehe

Bila nak kejut suruh bangun, kena buat baik-baik.. lembut-lembut.. Kalau tak kaki makan dia.. hehe.. takdelah over macam tu. Cuma Nas takkan bangun and tarik muka kat dia satu hari. hehe...

Orang yang Nas baru kenal, mesti cakap macam ni " eh, muka awak macam si polan lah! sama!" reaksi? "oh ye ke?" dalam hati dok kata 'aku dah bosan dengar orang cakap benda ni.. nasib-nasib.... orang ada 7 orang kembar je kat dunia ni.. aku berpuluh.. emmm'

Benci sejarah hitam zaman kecil-kecil dulu.. Kalaulah ada mesin  masa dah lama Nas pergi balik masa lampau and ubah benda-benda tu.. Tapi sekarang, Nas ambil ibrah sahaja daripada sejarah gelap gelita hitam pekat macam buntut kuali tu.

Suka tulis diary. Setakat ni dah ada 5 buku diary. Buku ke-5 pun nak habis dah.. start istiqamah time darjah 4 kalau tak silap.

Sedang mempunyai crush  yang Nas sedang usaha untuk lupakan. Kenapalah duhai hati? Kenapa hang pilih nak suka kat dia? Awat tak pilih rasulullah dan Allah?? berhuhuhu


Alhamdulillah.. selesai taaruf .. sampai sini saja pengenalan kita. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment