LIFE IN KISAS [2]

Menulis lagi atas dasar permintaan mereka.

Okay tipu. Memang dah rancang nak buat entry lagi tentang KISAS hehee..Tapi yang tak expect sebenarnya ialah mereka suka dengan penulisan aku? erkk.. entah. Aku hanya menulis mengikut gerak hati sendiri. Kalau best tu alhamdulillah. Tak best tu tegurlah aku. Bukan apa, biar kalau kau nak singgah blog aku lagi, kau dah tak stress lagi sebab tak best. 

* senyum *

FIRST DAY IN KISAS

Aku tak ingat sangat sebenarnya hari pertama aku di KISAS. Aku tulis apa yang aku ingat sahaja.

Pagi itu, aku bangun seawal.. entah. tak ingat. Aktiviti marhaen biasa tatkala sedar dari peraduan, itu aku buat. Sepanjang aktiviti tu, aku gementar, eksaited dan menerawang jauh dalam dunia yang aku cipta sendiri. Melakar imaginasi diri yang akan aku tempuh dalam masa 3 jam lagi.

Tiba di KISAS jam berapa entah. Tapi aku antara yang awal sampai. Boleh bayang tak, kau baru buka pintu, tiba-tiba ada figura warna putih datang dekat kau sambil tersenyum? Itulah yang berlaku. Nak keluar daripada kereta je baru, dah disapa oleh malaikat KISAS. Okay tak. Bukan malaikat KISAS. Ingat kata-kata yang aku bagi dalam entry sebelum ini. " Pelajar KISAS bukan malaikat ". Ingat!

College Sister

Itu namanya CS ( College Sister ). Haaa, nak tahukan uniknya KISAS? Nilah dia. Kau akan ada CS yang bantu kau masa hari first korang masuk KISAS. Dialah yang akan setia menyendeng kehulur-kehilir dengan kau. Dia yang tolong kau angkat barang kau masuk dorm. Dia yang akan tunjukkan jalan siratalmustaqim, [ ok gurau. nak kata dia yang akan tunjukkan kau sekeliling KISAS ], nak beli barang-barang keperluan dekat koop, nak bayar yuran. Itulah dia peranan CS. Tahun depan aku pula yang akan jadi CS. Mana tahu, kalau kau yang tengah membaca ni bakal aku jadi CS korang. eheeee...

Kak Anis Syahirah, my College Sister 

Selesai sesi membeli belah di shopping complex KISAS dan membayar segala cukai yang dikenakan, aku kembali ke dalam dorm. Ya, selepas mengadakan sesi bersalam-salaman, berpelukan dan bertangisan dengan kedua orang tuaku yang terchentaaa.. [ Tapi aku tak nangislah. Sebab aku taknak mama nangis. Nanti aku nak berhenti nangis pula payah. Kan satu masalah? Cukuplah nak handle penyakit homesick yang dah mula menyerang hati aku waktu tu.] 

ASRAMA

Asrama Puteri atau Aspuri ada dua blok. Iaitu Blok F dan juga Blok E.

Tandas 
Setiap aras disediakan tandas dihujung floor. Jadi jangan risau kalau-kalau tak cukup tandas atau nak melepas pada waktu malam. Tak perlu susah-susah nak berjalan jauh. Cuma kau akan susahkan orang lainlah kalau kau nak pergi tandas tengah-tengah malam. Sebab aku tahu kau takut dan akan kejut member sebelah supaya ajak kau pergi tandas. Tapi doa-doalah sekali supaya member kau yang teman tu memang member kau dan bukan member makhluk lain. eheee.. 

Tapi aku selalu je pergi tandas sorang-sorang. Jadi, chill okay. 

Bilik Basuh
Bilik basuh ni means bilik yang dikhaskan untuk kau basuh baju. Setiap floor ada bilik basuh. Jadi, kau pun tak perlu gelabah kalau tak cukup tempat nak basuh baju. Cukup je. Kalau tak cukup, hantar jelah dobi! Maka, masalah kau pun settle, masa kau pun jimat, dan kau boleh berhuhuhu melihat orang stay up semata nak membasuh baju di bilik basuh sehingga 1 pagi. 

Tapi aku tak hantar baju kat dobilah.  Aku nak jadi perempuan melayu terakhir yang rajin dan sanggup bersengkang mata pada waktu malam untuk membasuh baju di bilik basuh dengan menggunakan tangan.

Bilik Study
Bilik yang digunakan untuk kau buat study group atau pun nafsi-nafsi. Tapi tak kesahlah kau nak belajar kat mana pun. Nak belajar kat dorm ke, bilik bagasi ke, bilik basuh ke, gazebo ke, dewan makan ke tak kisah. Asalkan ilmu tu mampu melekat dalam kepala. Setiap blok ada bilik study. Tapi ada aras yang tiada bilik study tapi ada bilik pantry. Bilik pantry tu ada meja bulat dan kerusi. Fungsinya? Entah. Aku selalu nampak orang study je dekat situ. Kalau tak pun lepak lah sebab ada bilik pantry yang gabung dengan bilik gosok. 

Saja nak share. Kalau kat KISAS ni, stay up malam-malam sampai 2-3 pagi tu dah biasa. Jadi kau tak perlu risaulah kalau kau nak stay up malam-malam. Dan tak heran juga kalau ada yang dah beradu bersama dengan kitab-kitab di atas meja sampailah ke subuh. Tak pelik. Selalu je berlaku. Jadi kau tak perlu risau, gusar dan takut untuk stay up di KISAS. Sebab ada ramai geng. Bukan apa, schedule dekat KISAS ni pack sangat sampai tak sempat buat homework. Jadi, bagi menjalankan amanah yang satu tu, terpaksalah bersengkang mata.

Tapi, ada satu hari tu kan. Aku belajar dekat bilik study sorang-sorang. Tiba-tiba ada bunyi orang lalu dekat koridor. Saje acah berani pergi menjenguk kat luar. Lengang. HAHAHA. Siapa lalu? 

* kemas-kemas barang lari masuk dorm *

Blok F dan warga Khalid

Bilik Gosok
Setiap aras ada bilik gosok. Tapi aku nak bongkarkan sesuatu dekat kau supaya kau tak kena heart attack macam aku kena masa mula-mula masuk KISAS. 

Tak teruk sangat pon benda ni. Aku dah bagitahu dalam entry yang lepas, KISAS ni tak macam SBP yang lain. Jadi uniknya ialah, bilik gosok takde iron board ya adik-adik. Kita gosok atas... erk.. aku tak reti describe. Tapi cara kita gosok tu sama situasinya bila kau gosok dekat lantai. Sabar! Jangan meroyan lagi! Aku tahu bab-bab gosok kain ni pantang sikit lagi-lagi bab nak gosok tudung. Don't worry sebab kau akan biasa dengan cara gosok macam ni. Ala, takde apa sangatlah. Alah bisa tegal biasa. Kau pun tahu kan? Tapi ni untuk blok F jelah. Blok E tu ada je iron board.

Setakat ni tudung aku elok je. Kecuali kalau aku dah lambat. Sebab efectnya menyebabkan skill menggosok aku menjadi barai.

Dorm
Dorm besar. 

Kau akan happy duduk sini sebab kau akan ada member yang ramai dalam satu dorm. Tapi dorm ni berbeza sikit mengikut blok.

Blok F

Katil dekat Blok F ialah katil single dan ada divider. Loker besar.

Blok E

Katil dekat Blok E ialah katil double decker. Loker besar juga tapi ada extra laci.






Weyh, aku dah bosan. Entry kali ni dah cukup panjang. Decribe facilities asrama punya pasal. Bukan apa, before aku masuk KISAS, aku fikir ni je. Facilities asrama tu kena bagus. Itu yang aku describe lebih-lebih. Takut ada spesies yang risau macam aku juga. Lepastu nangis sebab KISAS punya asrama tidak menepati piawaian yang kau nak. Macam ni jelah, bila niat kau tu ikhlas nak masuk KISAS, ketidakselesaan dan kepayahan macam mana pun yang kau rasa kat sini, takkan menjadi penghalang untuk kau hidup bahagia dekat KISAS. Jangan lembik sangat! [ Senior aku pesan. hehe tak marah pun ] 


Carilah sesuatu yang boleh buat kau cinta pada KISAS. Tak susah sebenarnya. Buka mata hati kau. Fikir. Nanti dia akan datang. 


Masuklah KISAS. Tak rugi pun.






LIFE IN KISAS [1]

Aku bercerita kali ini sebab ada yang bertanya. 

" Assalamualaikum. Akak sekolah kisas eh? "

Bila terbaca tu, aku tahu dah. Ini mesti kes nak bertanya life kat KISAS tu macam mana. Excited? Agaklah. Sebab aku rasa dia perlu masuk KISAS. Bukan apa, sebab dekat KISAS ni banyak mutiara-mutiara yang aku pasti, bila engkau keluar daripada KISAS, mutiara-mutiara itu yang akan jadikan kau manusia. Tapi sebenarnya itu bergantung kepada diri engkau sendiri juga. Kalau hati kau terbuka untuk terima mutiara-mutiara tu, dapatlah kau jadi manusia yang berguna untuk dunia dan agama. It's all about how we accept things in here.

Hakikatnya, aku sendiri tak tahu nak mula dari mana. 

Aku pilih untuk masuk KISAS hanya kerana satu sebab. Aku doa " ya allah, kalau KISAS ialah tempat yang terbaik untuk aku, masukkanlah aku ke KISAS " . Aku bukan apa. Aku dah penat nak melayan hati yang dah berbolak-balik nak pindah atau tidak. Jadi bila aku dapat tawaran ke KISAS, aku mentafsirkan yang Allah memang nak aku masuk KISAS. Asbabnya masih tak jelas. Mungkin bila aku jadi Al-kis nanti baru aku nampak hikmah Allah tempatkan aku di bumi waqafan ini.

NAWAITU

" Kalau masuk KISAS cuma nak dapat stret A, baik tak payah masuk KISAS! Duduk sekolah lama pon boleh dapat stret A! "
Itulah dia, antara kata-kata yang selalu diulang tayang oleh akak-akak senior. Tak. Diaorang tak marah. Kata-kata ini hanya nak menunjukkan, kalau kau tu memegang title ' pelajar kisas ' , objektif kau hidup dekat bumi waqafan ini bukan satu. Bukan sekadar nak kejar A sederet. Tapi untuk tarbiah diri kau! Supaya kau boleh bantu umat kat luar sana yang dah makin jauh.

Jangan takut. Jangan pernah rasa kau tak layak duduk KISAS. Dulu, aku selalu fikir macam tu. Dan itulah antara sebab hati aku sentiasa berbolak balik untuk masuk KISAS. Aku fikir pelajar KISAS itu malaikat. Yang mana setiap muslimin takkan pernah tanggal serban atas kepala. Sentiasa berjubah. Sentiasa menundukkan pandangan bilamana hawa di depan mata. Muslimat yang sentiasa menjaga suara dan maruahnya.
" KISAS bukan syurga. Pelajarnya bukan malaikat "
Kalau kau tunggu rasa diri kau layak baru nak masuk KISAS memang tak masuklah engkau sampai bila-bila. KISAS nilah tempat kita nak jadi baik. Bukan tunggu baik baru nak masuk KISAS. Kami manusia biasa yang selalu buat kesalahan. Aku nak bersikap jujur dan taknak berselindung. Sebab aku tak nak kau rasa kau tak layak nak masuk KISAS. Pelajar KISAS pun ada sahaja yang bermasalah. Percayalah.

Pesan aku, niat kau untuk masuk KISAS kena betul. 
Sebab niat kau tu akan buat kau kuat untuk tempuh ombak gelora badai segalanya dekat KISAS nanti.   

ombak from Fathul Abqary.. swooshhh~~~


HATI YANG IKHLAS

Ini antara benda yang kau kena bawa bersama bila masuk ke KISAS. Hati yang ikhlas untuk terima seadanya apa yang akan engkau hadap nanti dekat KISAS. Realiti KISAS, hanya pelajar KISAS yang tahu. Itu aku tak mampu untuk bahaskan. Sebab semua orang ada pandangan mereka sendiri tentang KISAS. Tapi apa yang aku tahu, hati yang ikhlas ini yang kau kena bawa. 

Aku bagitahu awal-awal, KISAS ni tak secantik SBP lain. Ramai budak kisas cakap yang sekolah kita ni buruk. Tapi bagi akulah kan, lawa je KISAS ni. First time aku menapak di bumi bertuah ni, aku tergamam, terpesona, terpaku dengan kecantikan KISAS yang unik di mata aku. Lagi-lagi bangunan pejabat dengan white house. [ Tapi white house dah kena roboh dah tahun ni. Kiranya korang tak sempat nak tatap white house yang creepy but naise tu. Ahah.. Jangan risau, nanti akak-akak akan bercerita dekat korang tentang white house ]

Masuk sejarah KISAS sikit. KISAS ni asalnya kawasan istana. Tapi diwaqafkan. Sebab tulah KISAS juga dipanggil sebagai bumi waqafan. Pejabat tulah satu-satunya bangunan yang masih jelas ciri-ciri 'istana' tu. Sebab tu aku kata unik dan lawa. Istana kot. Macam fairy tale cerita barbie tu. Kadang berangan juga nak jadi princess ni. hmmm..

Bukan sekadar fizikal KISAS kau kena terima. Banyak lagi benda. Mungkin cara pentarbiahan? Sebab ada je yang macam tak boleh terima. Sebab tu aku suruh bawa hati yang ikhlas ni. Bila kau ikhlas, dengan cara macam mana sekalipun dakwah tu disampaikan, korang dapat terima. Semua benda yang diberi itu semua benda yang baik. Selagi mana benda tu tak salah,ikutlah. 

Kem Perkhemahan 2017

QAWIY

Qawiy means kuat.

Pesan aku, kuatkan fizikal, mental dan rohani kau. 
" Jangan lembik sangat! "
Itu apa yang senior pernah pesan dekat batch aku dalam liqa' terakhir dengan senior. Tak marah pon. Diaorang risau, macam mana kami ni nak selamatkan tarbiah di KISAS kalau hati masing-masing ni lembik. Sikit-sikit nak mengeluh. Sikit-sikit nak mengadu. Selamatkan tarbiah KISAS itu antara benda penting. Sebab apa nak tahu? Supaya kau, generasi yang baru, yang akan menggantikan kami ini masih dapat merasai manisnya Islam itu sendiri. Susah. Memang susah nak jaga tarbiah KISAS. Tapi sebab semangat kecintaan kami pada KISAS, sayangnya kami pada generasi seterusnya [ ya, walaupun kita masih belum bersua. Tapi kami dah eksaited nak jumpa korang. ] jadi asbab kekuatan untuk teruskan tarbiah dekat sini. 

KISAS bukan macam sekolah lain. Cabaran yang datang tu macam-macam. Bila kau diberi amanah, kau boleh rasa beratnya memegang amanah tu bila di KISAS. Bukan sekadar amanah, masa di kisas yang pack dengan macam-macam program pon akan mencabar mental dan fizikal kau. Sebab apa, kau akan banyak runsing dengan pembahagian masa kau dekat KISAS. Kau akan rasa penat sebab terlampau banyak benda yang perlu diuruskan, perlu terlibat. 

Karnival SIVIK 2017

Tapi jangan risau.

Kau akan happy dekat sini walaupun banyak cabaran yang kau akan hadap. Kehidupan tidak semestinya perlu indah selalu. Itu bukan hidup namanya. Kau takkan belajar dengan dunia sekeliling. Kau takkan dapat survive bilamana batu besar tiba-tiba jatuh atas diri kau. 

Kau akan happy sebab kau akan ada kawan-kawan yang akan support kau dari belakang. Kawan yang akan pinjamkan telinga untuk mendengar luahan hati kau. Kau akan ada kakak yang sentiasa bagi semangat dekat kau. Bagi nasihat dekat kau. Itu aku boleh jamin. Kau mampu untuk gembira hidup di KISAS kalau kau kuat dan terima sesuatu dengan hati yang terbuka.

Lagi satu, kepayahan kau dekat KISAS nilah yang akan memudahkan kau bila dekat luar sana. Series talk. Boleh bayang tak kau kena handle program besar-besar sendiri? Itu pelajar KISAS. Kami didedahkan untuk handle program sendiri. Sekarang ni pun aku tengah handle program yang besar. Sangat besar. Jadi, bila kau dah jadi helang nanti, kau senanglah. Dah tak menangis teresak-esak lagi macam yang kau rasa dekat KISAS. Bagus kan?

" Sesungguhnya pipit di bumi ini akan bertukar menjadi helang. "



Carilah sesuatu yang boleh buat kau cinta pada KISAS. Tak susah sebenarnya. Buka mata hati kau. Fikir. Nanti dia akan datang. 


Masuklah KISAS. Tak rugi pun.



2017 TEARS


Aku serius takde bahan yang nak dikongsikan dengan korang. Sebenarnya aku suka kongsikan benda-benda yang boleh menjadi iktibar dan pengajaran untuk korang daripada apa yang aku nampak, apa yang aku dengar, apa yang aku lihat dekat dunia ni. Sebab semua orang ada perkara yang dia sendiri rasa tapi tidak orang lain. 

Aku harap entry kali ni dapat beri sesuatu kesan pada hati korang. 

Entry kali ini biasa-biasa sahaja. Hanya sekadar coretan sejarah setiap detik air mata berharga aku ni mengalir keluar dari tubir mata. Sebab aku jarang menangis dan lebih banyak tersenyum. Aku rasa bibit-bibit kehidupan aku yang inilah paling banyak pengajaran yang boleh diambil. mungkin?

bismillahirrahmanirrahim.

UNEXPECTED SPLASH!

B1.

Itu dorm aku. Tengah lepak-lepak dengan budak dorm, tiba-tiba ada seseorang datang. Dia kata ada perjumpaan batch antara blok A dengan blok B. Dalam hati aku meroyan sendiri. Aku paling tak suka bila ada perjumpaan melibatkan batch. Sebab? sebab aku tak suka pon batch aku. Golongan 'senget' yang terlalu banyak dalam batch buat aku sesak. Merasakan tarbiah di situ rosak kerana mereka. Sedangkan aku tak sedar yang aku pun bukannya baik sangat.

Aku jenguk ke bawah dari koridor. Takde siapa pun yang berkumpul. Yang ada cuma beberapa jemah yang sedang menaikkan warisan permainan tradisional. ( main baling-baling selipar) Aku kira baiklah waktu tu still menunggu dekat koridor sampai semua orang datang. Sebab minggu-minggu terakhir, aku rasa nak cuba buat memori dengan batch. Kalau tak, rasanya aku masuk dorm dan pura-pura tidur. 

Tengah usya-usya tu, ada orang tepuk belakang aku. 

" Jomlah turun" 

Aku bagi banyak alasan. Tapi dia kata " takpe, turun je dulu " Aku akur. 

Bila turun, diaorang ajak main baling-baling selipar. Aku join untuk pertama kalinya dengan budak-budak 'senget' . Fake. Waktu tu fake happy. Entahlah weh. Aku tak faham kenapa sampai waktu tu takleh terima diaorang. Tengah main, tiba-tiba...

" ok, 1.. 2.. 3!!"

SPLASHH!! 

Aku kini lencun disimbah dengan air sabun. Tergamam. Terkedu. Takde satu perkataan pun yang mampu aku ungkapkan. Halwa telinga aku mula didendangkan dengan lagu-lagu berunsur persahabatan.

" oh kawanku, ku akan tetap merindui mu.. Walau jauh.. "

maaf aku tak ingat lirik. Tapi memang terharu waktu tu. Ya, aku menangis. Menangis sebab aku tak sangka yang 'senget' pon masih peduli tentang aku. Tahu yang aku akan tinggalkan bumi mukmin professional ni. Dalam keadaan air mata aku masih mengalir, mereka memeluk tubuh aku dengan erat.

Belajar untuk terima baik dan buruk orang lain. Perangai orang berbeza-beza. Percayalah, bila kita mampu untuk terima baik buruk seseorang itu, perasaan benci itu akan hilang. Jangan pernah fikir diri kau paling mulia!

LEAVING

Tiba hari yang aku tak pernah jangkakan akan menjadi kenyataan. Rupanya kata-kata aku sejak tingkatan 1 untuk berpindah menjadi kenyataan. Bukan lagi sekadar harapan. Aku tak nak cerita panjang tentang momento ini sebab aku rasa semua orang lalui benda yang sama. 

Hargai setiap saat engkau bersama mereka. 


STRUGGLING ALONE

Aku participate dalam pertandingan buat video. Dalam satu kumpulan ada 5 orang. Tapi sepanjang aku siapkan video, aku rasa aku seorang yang menggalas beban dan masalah. Daripada A sampai Z. Daripada mencari software, tebalkan muka pinjam laptop senior, berurusan dengan budak-budak ragbi yang kau tahulah macam mana diorang pakai masa tengah latihan, hadap jelingan ketua-ketua pelajar yang merasakan aku telah membuat satu dosa besar, duduk dalam satu bilik yang semuanya lelaki ( aku bawa geng dua orang je ).

Paling teruk ialah bila aku seorang yang perlu hadap kelembapan laptop masa mengedit. Hari terakhir terpaksa export lebih daripada 3 kali hanya kerana beberapa kesalahan dalam video. Sekali export 2 jam. Serius penat.

Ahli yang lain semua lepas tangan. Selalu memberi alasan. Mungkin sebab diaorang takut dipandang serong oleh orang-orang lain. Tapi aku lain. Aku jenis yang tak kesah apa yang orang lain fikir pasal aku. Nak cemuh, nak caci, suka hatilah. Selagi aku tahu apa yang aku buat itu bukan benda yang salah aku akan tetap buat! 

Aku seorang yang terpaksa bersengkang mata. Mendidik kesabaran dalam hati. Melihat semua orang buka buku, tapi aku? Aku terpaksa hadap laptop. Selalu sangat bagi alasan nak study. Ingat kau sorang je ke nak study? Nak perform dalam exam? Nak banggakan mak ayah? Aku pun nak. Aku seorang sahaja yang bergerak. Aku seorang sahaja yang berusaha. Tapi yang lain dapat certificate tanpa perlu berusaha. 

Terima kasih atas sedikit usaha yang korang dah sumbangkan. Ya, aku masih menghargainya. Walaupun air mata kekecewaan itu tetap mengalir. Setidaknya bila aku memaksa, korang masih bergerak. 

Terkadang kita tak boleh nak selfish. Sentiasa ingat dan fikir apa cabaran atau kesusahan yang orang lain kena tempuh juga. Kalau sesuatu kerja tu dibuat bersama-sama, hasilnya mungkin akan menjadi lebih baik dan paling penting tak menyusahkan individu yang betul-betul mengharapkan kejayaan satu kumpulan. Alasan itu yang sebenarnya menghalang seseorang daripada mendapatkan apa yang kita inginkan. Kurangkan memberi alasan!

A GOOD LEADER

Aku tak pernah menggalas tanggungjawab yang besar seumur hidup aku. Tapi bila aku menjadi salah seorang warga kisas, macam-macam jawatan yang aku dapat. Daripada penolong ketua dorm, Biro akademik dalam sistem rumah, Pra-ketua pelajar, Timbalan pengerusi unit seranta, AJK kebersihan kelas, Setiausaha kelab taekwando dan Pengerusi gemawan bagi pihak muslimat. 

Setiap jawatan tu ada kesusahan yang aku kena hadap. Tapi satu jawatan yang berjaya mengalirkan air mata aku yang sangatlah jarang nak keluar ni ialah pengerusi gemawan. Tapi mungkin faktornya sebab aku dilantik bila mana ada 'event' yang perlu aku uruskan. Kalau takde 'event' tu rasanya aku okay je. 

'Event' biasa je pun sebenarnya. Sekadar Jamuan Akhir Tahun. ( kelakar pula aku menangis hanya sebab ni ) Tapi mungkin sebab aku tak pernah handle benda-benda macam ni, ditambah lagi dengan masa yang sangat packed, kerjasama daripada pihak muslimin macam entah pape, aku rasa aku sendiri yang buat kerja. Ya, again. Masalah ni lagi. Kadang-kadang aku terfikir yang aku sendiri yang cipta masalah ni. Disebabkan prinsip ' tak nak susahkan orang lain ' , aku membelenggu diri aku sendiri dengan masalah. 

Aku belajar satu benda yang sangat bernilai. Prinsip ' tak nak susahkan orang lain ' tu tak boleh digunakan setiap masa. Bila kita dalam organisasi, pemimpin tu kena pandai agihkan tugas. Percaya pada kebolehan orang yang dipimpin. Pastikan segalanya mengikut perancangan.



Rasanya cukup sampai di sini sahaja. Entry kali ni pun dah cukup panjang. Terima kasih kerana sudi mendengar sebahagian daripada momento kesedihan aku. Carilah ibrah disebalik setiap apa yang kita dah tempuhi. Ada certain yang kita boleh nampak terus. Ada yang dalam jangka masa beberapa tahun baru kita sedar tentang hikmah di sebalik kejadian tu. Yang paling penting, setiap yang berlaku itu ada sebabnya. cliche? Tak nak percaya sudah.

Tapi aku belajar daripada pengalaman.

senyum. 

MY BLOG REVIEW

Terharu.

Hahaha.. entah. Aku tak tahu sejak bila ada orang review blog aku yang tersangatlah membosankan ini. Terima kasihlah sebab menziarahi blog yang entah pape ni. huhu 

* rumah banjir dengan air mata keterharuan *

buruk betul ' keterharuan ' tu. teringat ikan haruan? 





This lovely review is from Auni Liyana



" Cuba teka apa yang aku syok dekat blog ni , teka-teka?!

Sebab blogger ni masih muda , lahir tahun 2001. Generasi 2000 dah ni. Aku 199* Ahaaa taknak cakap ah nanti nampak tua , ok2 aku still 20 tahun lagi, muda en? hahahahahaa

Then, penulisan dia serius but berunsurkan cute-cute sikit hehehe. Sorry dik akak buat review entah pape. Aku go through dia punya blog hahaha sebenarnya link dia tu adalah maksud nama dia dalam bahasa melayu. Nama yang diberi Naseha Syahira binti Md Razali. Ok baru tahu hehehe :) Nama gelaran dia Nas.

Blogger ni juga menekankan aspek penulisan dalam Bahasa Inggeris. Simple and nice. Baguslah jugak sebab dapat improve kita punya English. The more you write the more you learn kan? Teruskan ya. "




thank you again. ^^  Lepas ni nak buat jugalah.. hohoho~~ 








Crazy thing I do in KISAS

Kisah ini mungkin tidak sehavoc pengalaman mereka di luar sana. Tapi nak kata, bila sebut sahaja Kolej Islam, pandangan masyarakat pasti akan terarah kepada ..

“dak-dak kisas semua malaikat”

Bukan tentang malaikat yang aku nak simpulkan pada hari ini. Bukan hari ini atau bila-bila. Jadi bila lagi? Entah. Belum sampai masanya aku perlu membongkar misteri sebuah kolej yang dah berdiri utuh selama 63 tahun di atas tanah melayu ni. Ya misteri. Aku rasa itu yang boleh aku gambarkan kisas. Terlalu banyak misteri kolej islam yang masih belum aku rungkaikan. WAWWW~ dah macam Janes Bond. Tak, itu bukan typo. Aku kan perempuan, jadi aku tukarlah nama dia jadi perempuan. Nanti berdosa tukar jantina! (virus mengarut dah mula menguasai penulis anda. Beware dengan kemengarutannya yang lebih dahsyat selepas ini. )

Jadi, disebabkan dak-dak kisas ni ‘malaikat’, benda yang luar tabi’i (luar kebiasaan) sikit pon dah rasa macam buat sesuatu yang gila. Rasa macam berdosa sangat! Padahal takde masalah sangat pon. ( bagi akulah. ) 

Alkisahnya bermula begini. Ditakdirkan oleh Allah Azza Wajalla, aku terpaksa menziarahi satu tempat yang penuh sesak. Sesak sebab tempat tu under kerajaan. Kalau swasta tak pon. Sebab aku pergi dengan sekolah, jadi terpaksa support kerajaan. Ermmm.. Pergi sana kena ada kesabaran yang tinggi. Ada 3 halangan yang aku kena tempuh sebelum aku dapat berjumpa dengan seseorang tu. Aku perlu menunggu lebih kurang setengah jam hanya untuk tunggu suara robot wanita tu jemput aku.

Stress tak aku buat entry macam ni? Hahhaa.. tolonglah, aku tengah main teka-teki dengan korang ni. ( Nampak tak penulis korang dilanda kebosanan yang melampau. Mohon jangan palau sebab dia rasa alone.)

Jawapannya ialah klinik. Bapak bosan. Tapi aku happy je sebab dpt keluar daripada sekolah. Duduk kat sekolah sampai tak perasan yang badan aku dah mereput. Tu yang jumpa doktor, untuk merawat pereputan aku.  

Senyum.

Sekali lagi, bukan berjumpa dengan doktor yang aku nak ceritakan pada hari ini. Itu mukaddimah sahaja. Yang ni baru betul. Ok, serius! Lepas dah dengar doktor membebel, marah-marah dan mendengar sindiran-sindiran halus yang merobekkan jiwa dan raga aku tatkala itu, aku pon balik. Dalam perjalanan, entah macammana ada seorang tu cakap 

“ pakcik pakcik. Jomlah singgah KFC. Kami lapaq ni. Singgah sat ja.”

Percayalah bahawa yang menuturkan kata-kata itu ialah individu yang baru sahaja didiagnosis menghidap anemia. Tapi aku tak percaya yang dia menghidap penyakit tu. Sebab doktor kerajaan tu macam tak betul. (Cara cakap tu macam aku doktor pula. Padahal budak akaun.  Hermm..) Gaya dia macam bukan orang sakit. Dahlah makan benda tak sihat.  Teruk punya perangai! Percayalah untuk fakta yang kedua bahawa semua budak-budak yang sakit dalam van tu pon join beli KFC. Kuat betul penangan KFC! Sejak hari itu, semakin panjanglah senyuman pakcik berambut putih tu..



Dengan menggunakan jutsu-jutsu  membodek yang telah diturunkan zaman berzaman daripada Naruto, Boruto, Toto dan kerabat To yang lain, Pakcik driver akhirnya tumpas di tangan kami! HOHOHOO~~  Maka, dengan berpakaian sekolah, diluar waktu outing, pada hari bekerja dengan menaiki van sekolah yang jelas menampakkan logo sekolah, kami singgah di Kentucky Fried Chicken yang menjadi igauan kami tika itu.

Semasa membeli pon dah ada mehnah yang kena tempuh. Apa lagi kalau mata-mata manusia yang dengki dengan kami yang ada duit nak beli KFC. Tak, tak gurau je. Diaorang pandang sebab peliklah. Dahlah waktu sekolah,pakai baju sekolah, diluar waktu outing. KISAS pulak tu! 

Senyum.

Sepanjang perjalanan kami membuat Mesyuarat Agong tergempar. Kami membincangkan taktik-taktik dan jutsu-jutsu yang perlu digunakan untuk menyelamatkan diri daripada dicekup oleh pihak pentadbir sekolah. Taktiknya? Takde pon weii.. pandai-pandailah  kau hidup! Pasal ketua geng jenis yang ‘ lantaklah! Kita masuk je!’, anak buah pon mengikut jejak langkah yang sama.

Bila tiba di sekolah, seorang pentadbir telah bersedia di hadapan pejabat dengan jutsu-jutsu untuk menangkap kami. Malangnya kami lebih bijak. Berkat tuan guru Naruto, kami suruh pakcik driver turunkan kami jauh sikit dari pejabat. Kesian pakcik driver. Jasamu dikenang. Nak buat pencerahan dahulu sebelum korang fikir buruk. Pentadbir tu bukan nak cekup kitorang pon. Aku pun tak tahu kenapa dia ada kat situ. Yang kitorang ni je jet-jet lari daripada pihak pentadbir. Takut kena marah sebab singgah KFC. Suruh pergi klinik je. Ni melewah sampai ke tempat lain. Ish ish ish...

Lepastu kitorang pon menyelinap masuk ke bilik sakit. Sebab nak menjamah perut yang asyik mendendangkan lagu yang tak berhenti-henti. Bila masuk ada makcik. Kitorang pon minta izin nak makan kat situ. Tapi bila usya jam, dah nak balik asrama dah pon untuk rehat ke 2. Jadi kitorang pon menyelinap ke bilik sakit aspuri. Bila sampai je terus makan. Rasa makan time tu macam bahagia sangat. Rasa ada buat party! Walaupun elektrik takde dalam bilik tu. Ya, kitorang makan dalam bilik yang tiada elektrik. Tapi entah kenapa bilik tu tak terasa panas. Katanya keberkatan kisas? 

Biasa je kan kisah ni? Aku dah agak dah. Saje nak bercerita. Sebab bagi aku benda ni tak dibuat oleh budak-budak kisas yang lain. Hanya kami..

When I first step in SASIC ( Sultan Alam Shah Islamic School )

Before you continue reading, I'm very sorry if I make soo many grammatical errors or you just simply don't understand what I'm trying to say. It has been a long time since I'm writing in English. So, I hope you understand and feel free to give some comment or advice to improve my writing skills at the comment box below.




I used to live in a hostel before. So, I don't have any problems at first when I'm in a boarding school. I'm not 'homesick' just like my other friends. Frankly, whenever I saw their condition, my memories when I was in form 1 popped out in my mind. I'm so stressed at that time. I mean like, just imagine. Your seniors suddenly scolded you about something so ridiculous and you were not the one that did it?! Merepeklah diaorang..

Not just that. You need to struggle to do a ridiculous tradition and got scolded just because you can't accomplish the tradition! Alright, the tradition is every junior need to get every senior sign in a provided time. They gave us like 2 weeks? I don't remember it. But it's not an easy task. Seriously. Imagine that you're still new in that school. You need to cope with your surroundings, your new friends, your life in the hostel. I mean like seriously, you're just like in a new world. And then you're pressured with all this cruel tradition. Why I said cruel? Because in order for you to get the sign, you need to do what the senior asked you to do. That's the deal. You can't get the sign if you don't do just like what the senior ordered.

I remember crying every night for 1 week and hates everyone. Oh my god. hahahaha..

mingukkkkkkkkk 
  
ORIENTATION 

The first and the second week were the most hectic days in SASIC. The first week really killing me. SERIOUSLYYYYYY. In the morning, we had to hear talk from teachers about discipline, hostel, PERKISAS and much more that makes me feel sleepy.. and bored. Sometimes we had group activities. ( I don't like it) In the evening, we had 'riadhah' which is compulsory. I don't like it at first, but I love it in the end. Since it's THE END. hahaha.. teruknya aku. But deep down inside of me, I knew that akak-akak *senior yg uruskan program* work really hard just to make us happy for the first and second weeks in SASIC. They just hope that we won't feel like we want to move back to our previous school. [ Thanks, akak for that. ] So, at night we had liqa'. It's something like a meeting between form 4 and akak-akak which usually ended at 12 o'clock. Or more than that. I don't know if it's a tradition or what but I think I can say that it's a tradition since until now we have this kind of meeting. ( It just ended in September if I'm not mistaken) So, I can say that we were really tired for the first and second weeks in SASIC. 


FRIENDS

I knew that I would meet new friends from all over the state. I don't know why I have the confidence saying that I would understand every slang. That confidence ended up buried me in-the-??? Ok whateverlahh.. 

I don't understand what they're saying?!! Especially those from Pantai Timur. Rasa cam duduk negara orang lain tahu tak. I try to learn their slang and understand it. Sometimes I tried to talk using their slang. But you know, it turned out to be like Orang Siam cakap Kelantan. ?? Slang that I love the most is Utara~ Aku suka dengaq orang utara cakap. Tak tau kenapa tapi sedap gila..


GAMELAN

The last day of orientation, there was a performance from gemawan. Since that, I have a new goal. I want to be a gemawan too. I'm in love with the sounds of gamelan. But actually, I already knew that SASIC has gamelan. I knew it on the registration day. And now? 

I'm officially one of  the gemawan members



That's all for this time. I guess? Oh yeah. Frankly, this entry has been in draft for so long. So, I just edit it a little bit. Terimalah seadanya. Maaf andai ada yang terguris hati di sepanjang pembacaan anda. Jangan lupa untuk tembak doa untuk penulis awok ni haa. Dia tengah PAT. ^^


SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama cikgu ayu


Yah-yah blogwalking~~ 

* your author so stresses about her upcoming exam. Please pray for her. *

お父さん - PAPA

8 Oktober 2017

Entah macammana topik perbualan haritu menjurus ke arah masa hadapan. 

Semuanya bermula bila aku tanya satu soalan dekat mama.  

"mana lebih baik. Matrikulasi atau asasi?"

Mula-mula mama macam tak nak jawab sebab katanya soalan ni pernah disoal oleh kakak dulu. Siapa je suka terangkan sesuatu banyak kali? Mak aku pun teranglah 'itu' dan 'ini'. Penerangan diberi dengan serba ringkas tapi padat. Aku pun mula faham perbezaannya. Perkataan ' pinjaman ' yang paling menarik perhatian aku.

Katanya bila masuk universiti kita kena buat pinjaman ( in case kalau bukan anak orang kaya + tak mampu dapat scholarship). Mama cakap kita sedang belajar pon dah berhutang. Bila keluar nanti belum tentu dapat pekerjaan tapi hutang dah bergunung. 

sel-sel otak aku mula berhubung..

Aku mula risau untuk bertukar status menjadi 'dewasa'. Argh takutnya nak hadapi dunia yang penuh dengan jalan-jalan yang berduri ni!! Aku tahu bukan mudah nak survive dalam dunia realiti. Hanya , mereka yang tabah dan berpegang kuat pada aqidah sahaja yang mampu hadapi dugaan, cabaran dan fitnah dekat luar sana.  

Sekali lagi, aku teringat tentang satu fakta bahawa harga rumah pada masa kini sudah mencecah jutaan ringgit. Tanah negara pula dah banyak dijual kepada negara China. Argh! Cakap pasal jual tanah dekat China, ada satu lagi kisah yang aku nak kongsikan. Kisah yang dah memberikan aku INSPIRASI dan SENTAPAN tentang nasib bangsa Melayu di tanah Malaysia. Dan sentapan ini diberikan oleh orang yang aku tak pernah kenal dan lebih hebat lagi dia bukan 'Melayu' pon. Nanti aku kongsikan dekat entry lagi satu. 

ok sambung balik.

Bila bayangan cabaran-cabaran yang aku perlu tempuh bila jadi dewasa bermain-bermain dalam kotak pemikiran aku, aku bersuara

" macam mana nak hidup kalau macam ni?! "

Tiba-tiba satu suara mencelah perbualan antara aku dan mama


"takpe. Papakan ada. Nanti papa belikan rumah, kereta, semualah untuk anak-anak "

startled.

Sumpah aku terdiam. Dan perbincangan itu terhenti setakat itu.

Ya allah. Aku tak tahu nak kata terharu atau... entah! Aku tak tahu nak describe perasaan aku waktu itu. Aku cuma terfikir, bila aku dah menginjak dewasa dan sudah mampu untuk bekerja dan menyara hidup sendiri pon, papa masih rela untuk menjalankan tugas dia sebagai seorang ayah. Tugas dia untuk memberikan nafkah dan memberikan yang terbaik untuk ahli keluarga.

Tak semua orang sedar tentang peranan besar seseorang yang bergelar ayah. Ya. Pengorbanannya tak sesakit ibu yang mengandungkan, yang melahirkan. Tapi peranannya itu pon adalah satu tanggungjawab yang berat untuk dilaksanakan. Nak dapatkan duit itu bukan mudah. yah cliche.. so? fakta adalah fakta.

Peranan ayah ni bukan sahaja menyediakan wang-ringgit untuk memenuhi keperluan ahli keluarga, tapi juga berperanan untuk melengkapkan ahli keluarganya dengan agama. Berapa ramai bapa yang mampu untuk memberi wang-ringgit tapi penerapan agama dalam kalangan ahli keluarga tidak dijalankan sepenuhnya?

ya.

papa tak sealim bapa yang lain. 

Tapi dia tak pernah ambil ringan pasal agama dan dalam kehidupan dia, pasti dia akan terapkan unsur agama itu. Bukan nak bangga. Tapi dia pun ada usaha untuk bantu agama allah. Surau dekat kondo rumah aku dah lama tak hidup. Tapi sejak ayah aku jadi ahli komuniti, dia dah berjaya hidupkan semula surau tu. Walaupun taklah meriah dan bilangan yang hadir pun mungkin tak sampai 20 orang. Tapi sekurang-kurangnya amalan solat jemaah itu ada. Hidup dalam jemaah islam itu ada. 

Berapa ramai yang dah menyumbang pada agama Allah?






Semoga allah redha dengan usaha kecil papa dan tempatkannya di dalam kalangan orang yang soleh.







p.s.y.c.h.o

Just a simple entry for this time.

Nak luahkan perasaan takut dan risau dengan PAT yang bakal menjelang. 

Minggu depan nak exam dan aku tak revise apa-apa pun lagi. Homework bertimbun macam gunung Everest. Nak pandang pun dah tak lalu. Rasa nak koyak-koyak je buku-buku tu. Ya.. Aku tahu nampak kejam. Sebab tu aku tak buat. Sebabtu otak aku fikir idea lain pulak.

PLAN: HANCURKAN DIRI SENDIRI

This is how it will work.

Tak payah tido.

haha.

In order to get done all the homework and do revision.

Wish to have a cup of coffee every night.










Really need someone to give me some motivation.

Ya allah bantu aku.

Sori sebab entry ni nampak macam psycho. Tapi aku mungkin ended up buat benda ni jugak. Hopefully balik rumah ni tak kena marah sebab buat kerja gila ni.

Wish me luck and please don't be like me.

BAHANA KOPI


K O P I 

Didefinisikan sebagai satu minuman yang dicampurkan dengan air panas yang sedia daripada biji kopi.

Untuk mendapatkan keaslian rasanya, tidak perlu menambahkan apa-apa 'bendasing' seperti gula, krimer ataupun susu. Mungkin ada yang ingin menjadi Elbert Einstein yang tidak bertauliah ingin mencampurkannya dengan garam. Aku tak pernah buat. Siapa yang buat tu boleh pos ke rumah. Akan saya menjadi juri untuk kalian.

HUHUHU~~

Aku merupakan salah seorang pencinta tegar kopi. Dan bilamana terhidangnya air minuman yang berwarna kehitaman dan mengiurkan itu di hadapan mata, secara automatik emosi aku yang mungkin boleh menyebabkan semua orang nak lempang aku, berubah 360 drjh menjadi seriang kanak-kanak ribena.

God. Hambarnya.

Aku tak boleh nak luah rasanya bila air berwarna hitam yang dibenci oleh segolongan makhluk yang dikenali sebagai ' al-insan ' di muka bumi ini lalu dekat tekak dan perkataan 

" aaahhhhhh~~~ " sambil tutup mata

itu diluahkan.

SANGAT  INDAH.

Nak dijadikan cerita, haritu motivasi 'belajar' aku membuak-buak. Entah kenapa pukul 12 malam baru nak timbul. Sengaja tak nak bagi tidurlah tu. Malam tu, aku tak terdetik pon nak minum kopi. Tapi ada satu bisikan suara yang menyapa telinga ni macam aahhhh indahnyaa~~

" nak mama buat air? nak apa? "

ya, kopi. itu jawapan aku.

Maka, pada malam itu aku telah mendurjanakan diri sendiri dengan minum satu cawan besar air kopi yang sedap dan pahit. Masyaallahhhh nak lagiiiiiiiiii!! 

Kesannya, malam itu aku tak mampu melelapkan mata. Hatta dah pukul 4:30 pagi. Huwarghhh, betapa tersiksanya aku. Pukul 5 aku bangkit dari perbaringan. Dengan mata yang masih segar bak telah tidur sepanjang malam aku menggagahkan diri dengan mengalirkan air paip yang sejuk beku ke anggota badan. 

Pengajarannya simple.

Jangan mendurjanakan diri korang dengan ' overdose kopi '. Sebab kesannya amat menyakitkan.

Pukul 6 baru mampu lelapkan mata selama 30 minit. Sambung semula pada pukul 4 petang sehingga 6:45. Alhamdulillah, Allah kejutkan aku. Kalau tidak terlepas asar! 

Walaupun malam tu aku stay up, aku tak keseorangan. Masih ada insan-insan yang baik hati dan sanggup stay up sekali. Special thanks to my mother and private tutor yg baru di hire malam itu juga. Terima kasih semua.

Assalamualaikum.

* Doakan aku cemerlang PAT ya semua. terima kasih *



SOLAT KAU CAMPAK MANA?

Assalamualaikum

Pukul 7 tadi aku baru je balik daripada Penang. Perjalanan balik tu tak payah ceritalah. Jammed yang amat! Padah balik time hari raya. But actually it's not our fault. Kitorang pergi Penang pun dengan satu tujuan. Untuk menghantar kakak sulung ke Universiti Sains Malaysia (USM). Tahniahlah akak dapat juga menjejakkan kaki ke universiti pilihan. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat.

Jadi apa kena mengena dengan tajuk entry yang macam nak cari gaduh dengan orang?

Ni apa yang diceritakan oleh mak akulah. 

Sesi pendaftaran pada hari itu sangatlah mencabar fizikal dan mental. 

Kakak aku dapat ' TEKUN ' . K, tak tahulah pembahagian apa yang diaorang buat tapi kakak aku dapat pelajar tekun. *tekun ke kau? hahaha (gelak macam orang jahat)* 

Sesi pendaftaran bermula pada pukul 2:30 petang. Kami sampai pada pukul 2 petang. Jadi masih ada masa berbaki setengah jam. Tapi walaupun setengah jam, kakak aku dah 'TEKUN' beratur dekat line pendaftaran. Ia adalah satu strategi di mana lebih baik beratur terus daripada pukul 2:30 baru terhegeh-hegeh nak beratur. Logiknya beginilah, kalau kau beratur lebih awal, kau mungkin orang ke 100, tapi kalau beratur lambat kau mungkin orang ke 1000. *Bijak mak aku*

Jap, apa kaitan?

OK fine! aku tahu korang nak tengok point entry je. Ceh! Nanti aku buat entry khas untuk luahkan kisah pahitnya merantau ke Penang. *jangan salah sangka, aku suka pi Penang. Cuma dugaan tu jaa *

Aku rasa kalau hari tu tak hujan, tak teruk sangat kot. Tapi Allah takdirkan hujan juga. Mungkin nak menguji ketabahan hamba-hambanya yang nak menghantar anak-anak ke USM ni? Apa-apalah. Perancang terbaik itu allah.

Untuk ke asrama kakak aku, kami perlu meredah jambatan dulu. Boleh bayangkan tak beribu-ribu orang dan beg yang dibawa bukan sikit! Tangan penuh kiri kanan. Jalan lecak apa semua. Kalau tak silap aku, ada yang dapat ujian lebih daripada Allah. Dia terjatuh! Kesiankan?? huhuhuu... 

Kami pun diuji juga.. Dengan kepayahan membawa beg besar dan banyak, tiba-tiba pencuci baju kakak aku yang masih lagi baru terjatuh. ' Bagai jatuh ditimpa tangga'. Dahlah jatuh, penutup pecah, sabunnya pun keluar juga. Air mata kami pun keluaq juga.. huhuhu *part air mata tu rekaan semata-mata. takde kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia* 

Dah sampai asrama. Alhamdulillah! Wah, ada lif! hmmm, tapi bila ramai sangat dah berasak-asak nak naik lif, kau rasa? Dengan tenaga yang masih bersisa, kami menggagahkan juga segala otot, sendi, urat dan juga tulang segala jenis tulang untuk menggunakan perkhidmatan tangga. Alhamdulillah ada tangga. Kalau takde tangga aku 'call' cicakman mai datang tolong. Boleh shortcut panjat dinding. ermmm..

" Aku support hero buatan Malaysia. " 

 Tiba-tiba...

"Tak payah sibuk fikir pasal solatlah!"

Deng deng DEENGGGGGGG!!!!

Astaghfirullahalazim. Saya tahulah pakcik penat. Pakcik panas. Kita semua melalui perkara yang sama. Kita semua menghadapi dugaan yang sama. Tapi pakcik tak sepatutnya cakap macam tu.

 Solat itu bukan perkara main-main. Bukannya satu benda yang remeh. Solat itu ialah perintah daripada tuhan yang menciptakan kita. Solat itu ialah satu hadiah untuk hambanya. Solat itulah yang mampu memberikan kita kekuatan untuk menghadapi setiap duri-duri kehidupan. 

Aku ni takdelah baik sangat macam malaikat. Aku tahu aku ni banyak buat dosa dan andai kata dosa itu mampu dilihat dan baunya busuk, takde siapa yang akan dekat dengan aku. Pandang pun tak nak macam boleh mati heart attack tengok aku. Kita manusia tidak pernah lari daripada kesilapan *ye aku tahu ayat cliche.* Orang selalu kata " hek eleh! Kau pun buat! Sembang je lebih! "

Ingatlah kata-kata daripada seorang ulama ini 

لا أنظر إلى من قال, أنظر إلى ما قال 
" jangan lihat pada siapa yang bercakap, lihatlah apa yang cuba dia sampaikan"




dan buat si pemberi nasihat ingatlah kalam suci daripada allah ini



" wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan?"


"amat besar kebencian disisi allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."




Semoga perkongsian hari ini dapat memberikan ibrah buat diri aku dan kamu. 


5 signs that you're a hijabster!

Hello readers! 
Today, I just want to have a nice chit chat with you guys. I have a lot to share with you guys. About what happened in my life especially. It just that, yeahhhh. It's all about the matters of time. (why they're so jealous of me? *pouting face*)

Fashion.

In this modern days, fashion is everything. Applications that we have in our phone adding spice on it. Simple example, Instagram. Many types of fashion that we can see. And here in Malaysia, is hit with 

' HIPSTER FASHION '

Since we're in Malaysia and most of us is muslims, so now exist a word 

'HIJABSTER'

All of this signs are just what I see and what I think Hijabter looks like. Which means whenever I see all of this signs in a person, I would say " ohhhh, a hijabster just passed by me"


1- WEAR JACKET/CARDIGAN


 Common jacket/cardigan that they would wear is the long one. 


2- WEAR SNEAKERS


They would where everything with sneakers. Including baju kurung. I mean like, why?!!


3- ROUND AND ROUND


wearing Harry Potter glasses. Just want to share with you guys that in my school, most of the girls who wear spectacles wear round spectacles. *mind either. But mine is not that round. *bila x nak ngaku macam nilah.. bnyk alasan hoho.* #trend

4- ZEBRA


black and white like a zebra. I do like that combination though. 

5- SHADES


just love it. Wish I have one. mmmmmm




so guys, are you the hijabster?


- credit to the owner-

GAMELAN

Ever heard about gamelan? The first time I realise the existence of gamelan is when I was in standard 6. I still can remember it clearly when I was at that age. 


When the caklempong ( just like gamelan but slightly different) being established in my school, I got so excited. At that time I really hope that I can be one of the caklempong team. However, I'm one of the recorder players in my school music band. I'm eager to join the caklempong team and I'm willing to do anything as long as I get to be one of the team. During practice, I'm  just playing around and I always hope that teacher would scold me and get rid of me from that band. But looks like my plan was not a success. I did get scold by the teacher but I'm not leaving the band. Serious talk, I'm really disappointed. And guess what? We ( music band) lose in that competition and caklempong being the ultimate winner on that day! Yes, we're participating in the same competition and we lose. ARGHHHHHHHHHH!  

And now I'm here in KISAS. Being here in KISAS is like facing a new world. A new world that have many obstacles and fun things. Alhamdulillah, here in KISAS, I've been given the chance to be one of the players in gamelan. Now, I' officially a GEMAWAN! 


I can't express how in love I am with gamelan. I just sooo crazy with it! I just hope that I can play it untill I'm grow older. 

I would like to share my happiness and what makes me happy whenever I face many problems in life especially at school. For me, playing gamelan is the only cure for me to run away from all those problems. ( Just for a reminder that, express your problems to Allah is the best cure. Gamelan is just another cure for me) 



That's all from me. Feel free to share how you guys overcome your stress or problems in the comment! Thanks for reading. 






LIST OF SEGMEN : Follow Me! by Naseha Syahira



Hello, guys! So sorry for the long wait! I don't know that this would happen. Last month, I had to stay at school because I had a project to get it done. Again, I'm sorry. I hope you guys can accept my apology.

Back to the topic and the main point of this entry! You guys need to follow all of these bloggers. Hwaitingg!!!






















Thank you for all your supports! I really appreciate it.

There are some participants that didn't give me their blog ID. Instead, I backlink it to their blog. So, you guys need to follow them manually. Sorry again, and have a nice day ahead!


ANNOUNCEMENT: FOLLOW ME! BY NASEHA SYAHIRA

Hello guys! Believe or not, I'm updating this entry at 21st Century Room in my school. ( Not gonna miss this one and only chance!) Just want to say that I will announce the participants of  Follow Me! by Naseha Syahira next month. Yeah2, I'm upset  about this thing too.. But something happened and I can't come back home for this week.. huhuuhuhu

Have to stay for another month here in this jail.

I will announce it at 28th August 2017

Sem Break Bloglist by Farhanah Afiqah


Hello. I chose to take part in this segment because I just want to and I think that you guys can know about my blog more. I never talk about this though. So, keep reading!

Why blogging in the first place?

I never heard about 'blog' before. I started to realize the existence of 'blog' when I was 11 years old. That's because my teacher invited me to participate in a competition that was held by Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). The competition required the competitors to make an education blog based on the subject given. So, I chose to participate it because the prize is so attractive. If I'm not mistaken, one of the prizes is a tablet. I REALLY WANT THAT TABLET. But, I'm not that lucky person. My friend is that lucky person. I bet that her 'experiences' in blogging help her to get that achievement. And I'm, being the loser that already in love with 'blog'.

What do I write?

> Random
I write everything that is pop out in my mind. Normally I would write about my opinion about something. *Why that sentence looks weird? cis..* Because I love to find the values in everything and yeah. The common reason >> Would like to share something beneficial to all my dearest blogger!

> Movie Review
Erm... don't know how to elaborate it. I rarely watch movies in the cinema. Normally I would watch it online * yeah-yeah, I know it's illegal. * So, my movie review might not the hot movie that is being screened in the cinema. And maybe the years back movie. But still an interesting movie-lah. No way I would share something that's not good for you guys!

> Islam Talk
بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً 
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari) 
This is what I'm doing. It's also to remind me and all of you as a Muslims.

>Tips
Tips about how to be ---- yeah, something like that. I only publish a post about this 'tips'. Which is 'How to Stay Focused'. <<< Click to read the entry!

> Tutorial
The best part but also the most tiring part. Need to screenshot and explaining things is hard! To make people understand what we are trying to say without them in front of us! Fffuuhhhhhhhh~~ But I really like this 'tutorial' part because I'm helping people.

> Promote: littlewardrobe.co
Just want to promote my igshop. I'm not gonna waste this platform just to write about my lifestyle and thoughts just like that! If you want to know more details about littlewardrobe.co, you can read it in one of my pages. Click here  >> littlewardrobe.co . To see all the items that we sell, simply visit our ig >> @littlewardrobe.co 

Get style with us.
~ Our wardrobe is your wardrobe~  

That's all you need to know, I guess? Have a nice day ahead!