PELAJARAN #1

Ingat lagi aku pernah kata...

"weyh, lagi 40 hari je weyh!!"

Tanpa sedar, 40 hari dah jadi 10 hari.

Ingat lagi cikgu kata..

"Sekarang awak kata lagi 2 minggu.. awak pun buat latihan.. tiba-tiba, alamak lagi 10 hari!"

Dalam pada aku terfikirkan pertempuran yang bakal aku tempuh, aku terfikir. Seolah-olah tanda-tanda kiamat tu dah berlaku. Semakin hari, kita rasakan masa itu semakin laju. Timbul keinsafan dalam diri. Ada seorang sahabat bercerita, guru tuisyen dia kata..

"Cuba awak bayangkan, PT3 ni macam hari kiamat. Tapi bezanya, awak tahu bila awak PT3. Tapi kiamat?" 

p/s: lebih kurang cemtulah

Aku pun insaf lagi. Apa je persediaan aku? Untuk PT3 pun aku bersedia last minute. Inikan pula hari kiamat. Kau rasa, kalau hari kiamat allah dah beritahu tarikhnya bila, mesti ramai manusia akan bersedia last minute. Yelah, buat apa awal-awal. Enjoylah dulu. Ada bukti dah pun. Orang sekarang kata apa?

"Ala, muda lagi. Nanti dah tua insaflah!"

Apa boleh buat? Umat akhir zaman memang macam tu. Even budak sekolah agama. Aku yang bersekolah agama pun tak percaya sangat dengan perangai budak sekolah agama. Kadang-kadang rasa macam nama AGAMA dekat signboard sekolah tu, aku nak tendang! Buat apa memburukkan nama islam? 

Aku lagi sedih dengan orang yang tahu ilmu agama, tapi tak pernah nak amalkan. Ada ilmu tapi pekak! buta! berjawatan sebagai BADAR sekalipun, couple jugak. Ikhtilat tak payah cakaplah. Dengan orang yang sedang memberi ilmu, TAK HORMAT LANGSUNG. 

Sedangkan Rasulullah pun hormat pada seorang yang bukan islam sebab pernah mengajar nabi sesuatu.
Kadang-kadang aku kecewa dengan diri sendiri. Aku sedar apa yang diorang lakukan ialah satu dosa. Tapi apa sumbangan aku pada islam? Kenapa aku tak cuba ubah diorang dengan kuasa atau kata-kata! Aku sendiri tidak mempunyai keyakinan diri. Macam mana? Aku hanya mampu membenci.

Daripada Abu Sa'id Al Khudri radhiyallahu anhu dia berkata " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda ' barangsiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah dia merubahnya dengan tangan. Apabila tidak mampu maka hendaklah dengan lisan. Dan apabila tidak mampu lagi, hendaklah dengan hati. Sesungguhnya itulah selemah-lemah iman' " (H.R Muslim)
betapa lemahnya iman aku. Andai semua manusia macam aku, musnahlah manusia! Sebab bala Allah bukan hanya pada orang yang derhaka pada allah. tapi orang beriman akan turut kena. Konklusi?