Random

RANDOM STUFF

07:06:00

ASSALAMUALAIKUM

Lama betul tak berceloteh kat sini. Ghinduuu! Btw, buat pengetahuan semua, Nas baru sahaja lepas menghadapi Trial PT3. Penat bhaiii.. Rasa cam bukan 4 hari. Tapi, sebulan! (yo yo oh jerr..) Tapi seriouslah, bibir yang dahulunya sering tersenyum hilang mekarnya. Tak boleh senyum beb sepanjang trial tu. Fake smile boleh arr.. 


Nas nak bagitahu yang sepanjang Nas trial tu Nas kapel. ufufufu.. Nas dengan dia tak berenggang langsung! Bangun pagi tengok dia, lepas exam tengok dia, petang sampai malam tengok dia! Siapa dia? BUKU!! stress betul dating ngan dia ni. Tapi Nas tak pernah benci dia... Nas sayaaaang dia.
Daripada Abu Bakar r.a meriwayatkan Rasulullah ada mengatakan " Jadilah kamu seorang yang alim, atau orang yang belajar ilmu agama, atau orang yang gemar mendengar ilmu agama dengan teliti, atau menjadi orang yang mencintai ilmu dan ahli ilmu. Dan jangan kamu menjadi orang yang kelima, yang mana kamu akan binasa. Kelima ialah kamu membenci ilmu dan ahli ilmu" (HR Tabrani)
Oleh itu, jangan sesekali kita benci ilmu! Walaupun kita rasa sesuatu subjek itu susah! Ingat, ini Rasulullah yang cakap. 

Sepanjang trial ni pun satu keajaiban berlaku. Nas mampu lawan rasa ngantuk. Padahal kalau kat kelas, dah angkat bendera putih dah.. Diharapnya, keajaiban ini akan berkekalan sampai bila-bila. heheh..

Guys, actually ada benda nak dibincangkan ngan korang. Nas fikir nak buat "GIVEAWAY" and hadiahnya ialah " SATU SET NOVEL IMPIANA" yakni ada 4 buah buka karya "AIN MAISARAH".  Buku ni mengisahkan tentang sebuah syarikat yang akan menjadikan semua impian tercapai DENGAN CARA APA SEKALIPUN. (baca tulisan besar tu banyak kali) kisah ini bermula dengan Shasha, ahli wannababes yang mendaftar di syarikat tersebut untuk menguruskan badan. Nas bagi sinopsis k?
IMPIANA : PERANGKAP PERTAMA
Dahulu The Wannababes paling popular, Si kacak Fahrin terkenal sombongnya, Mimi Monira yang paling derita, malah ramai yang jadi mangsa. Sepuluh tahun menginjak pergi, Warga Sri Bangsar bertemu kembali. Malam alumni menjadi saksi, terserlah semua penampilan diri. The Wannababes tidak semua sempurna, Fahrin juga hilang angkuhnya, Mimi Monira kurus bergaya, buat semua tertanya-tanya. Bermula episod Syarikat Impiana, tiga bulan tertunai segalanya, masing-masing teruja mencuba, mahu melihat bagaimana kesannya. Shasha menjadi pendaftar pertama, Mimi Monira menjadi panduannya, impian mahu kurus begaya, tanpa sedar mengundang sengsara. 
IMPIANA : TIADA JALAN KELUAR
Selepas Shasha tercapai impiannya, Fahrin pula nekad mahu mencuba. Syarikat Impiana jadi harapannya, moga tabiat dapat dilupa. Tabiat merokok mahu dibuang, demi untuk isteri tersayang, Impian didaftar mengundang malang, mujur nyawa tidak melayang. Linda sudah mulai bosan, berpuluh tahun hidup kemiskinan. Walaupun sudah ada kerjaya pilihan, namun hidup tiada perubahan. Linda mahu menjadi kaya, sejuta ringgit dalam masa tiga bulan. Impian didaftar harap berjaya, diabai segala bentuk amaran. Mungkin semua sudah terlupa, jerat Impiana jerat yang nyata, sekali endaftar ada bayarannya. namun tidak ada jalan keluarnya. 
IMPIANA : MISTERI TERBONGKAR
Shasha, Fahrin dan Linda sudah terlepas, Nana dan Paie pula terbabas. Sekali terbabas, takkan terlepas, tunggu sahaja surat dibalas. Tunang Nana pula dirampas, oleh kakaknya yang tiada belas. Luka di hati mula berbekas, impian diminta dendam berbalas. Akademi Popular bermula lagi, harapan Paie menjadi selebriti. Mahu popular seantero negeri, akhirnya menjerat diri sendiri. Mujur Fasha rasa kasihan, impian didaftar mohon dibatalkan. Tanpa tahu impak balasan, mereka bertiga jadi buruan. Syarikat Impiana kembali lagi, melaksanakan misi mengikut polisi. Mampukah mereka melepaskan diri, atau akhirnya harus mati.
IMPIANA : FINALE
Dalang Impiana sudah diberkas, namun kesannya tetap berbekas, ketenangan hidup pernah dirampas, bersyukur semua sudah terlepas. Kini terungkai setiap cerita, kisah Tengku Affin dan juga Ina. Masih adakah penghujung bahagia, sekiranya Fazura pilihan Bonda. Linda yang sudah menjadi kaya, tetapi hilang segala-galanya. Apalah makna kemewahan miliknya, sekiranya di hati tiada cinta. Mimi Monira mahu tampil bergaya, impian sudahpun menjadi nyata, Syazel yang dipuja sudah berpunya. Mungkinkah tidak ditakdirkan untuknya? Dendam Nana sudah terbalas, kerana hilang tunang yang dirampas. Tiada guna impian yang terlunas, bila hidup sudah tidak bebas. Amir dan Fasha menuju ke hari bahagia, untuk berkongsi hidup selama-lamanya, semua masih berdebar di dada, sebelum tiba hari perbicaraannya. Apakah nasib Syarikat Impiana? Mampukah semua orang terlepas darinya? Ketahui segalanya dalam pelabuh tirai siri terakhir Impiana!
Nas bagi cerita ni 4/5 bintang! Which is not bad and bukanlah budak-budak sangat pun ceritanya. Sangat best! Rugi tak baca!! Nas nak pendapat semua, sama ada, korang nak join atau tidak giveaway ni. Mohon comment ok?
sekian, NASEHA SYAHIRA

Popular Posts