Random

It's Hurt!

22:38:00


Birthday? *smirk* Birthday is a day that we as a human being would feel 'Happy'.
Yes, I agree with that.
But, for 15 years I life in this world, not once I feel so terrible. I mean a worst birthday.
But, this year, the 15th birthday... 
It was the worst birthday ever!

Semuanya bermula dengan pagi yang sangat indah. Well, hari cuti. Of course hari yang indah. Hari itu menjadi kurang indah sebab tak dapat sambut di rumah. Bangun pagi, buka loker sebab nak bersiap untuk sarapan. Tiba-tiba nampak ada birthday card melekat macam spiderman kat depan loker. Bibir pun mula tersenyum. Sekali tengok dah tahu siapa yang bagi. Dialah sahabat Nas dunia akhirat. Inshaallah.. Nas baca dan hayati setiap butir bicara dia. Tersenyum lagi! Ayat dia menyentuh sensitiviti betul.. Ada satu fakta yang dia beri tentang Nas. Dia kata " susah nak tengok Naseha menangis" Nas sengih je.

Tibalah waktu tengah hari. Kawan Nas dari dorm lain datang. Ingatkan dia nak berborak. Rupanya ada benda yang sangat penting dia nak sampaikan. Dia tanya "Nas, kau ada bawa komik ke?" Muka Nas tak payah cakaplah, berkerut. Kalah orang tua. (ceh, takdelah.. hiperbola sungguh) "mana ada aku bawa komik!"

Kawan Nas cakap "yeke? takdelah sebab ada orang kate dia nampak kau baca komik. Pastu dia report kat exco disiplin. Sekarang ni exco nak bagi nama kau kat warden"

Dush! Remuk beb.. Luruh jantung ni. Hati terus berdebar. Tiba-tiba wajah mak ayah Nas muncul. " Ya allah.. apa semua ni?!" Nas cakap kat kawan Nas " Betul aku ada baca komik. Tapi itu budak luar yang bawa. Lagipun, ramai lagi yang baca. Kenapa aku seorang je yang kena?" Kawan Nas geleng je. Dia pun tak tahu. Tapi dia cakap jangan risau. Bukan Nas seorang je yang nama akan naik kat warden. Dia sendiri pun kena tapi atas alasan lain.

Hari itu Nas tak henti-henti menangis. Nas terfikir pasal mak ayah. Ya allah, malu mak ayah aku. Aku tak kesah kalau aku dimalukan. Tapi jangan mak ayah aku. Yang geramnya bila Nas tak buat benda tu  dan orang lain yang baca tak kena. Tiap kali sorang-sorang je, air mata mesti akan temankan. Tak pernah Nas rasa sedih macam ini sekali. 

Malam tu ada perjumpaan form. Perkara pertama yang dibincangkan ialah KOMIK. Macam mana pula dengan bawa handphone, novel semua tu? Kenapa komik menjadi bualan hangat! Telinga ni dengar je orang menyindir. "eii, ada lagi ke orang suka baca komik? haha!" "aku tak tahu siapa yang bawa.. yang pasti bukan dak jemah lah.." (dan Nas bukanlah dari golongan jemah) Hati ni panas je dengar. Nak je bangun dan cakap AKU TAK BAWA! HENTIKAN FITNAH NI! Tapi Nas tiada keberanian. Susah benda tu nak hadir. Hanya untuk masa tertentu sahaja.

Balik dorm, menangis lagi. Senang cerita dari pagi sampai ke malam menangis je. Esoknya masih ada yang menyindir. Tapi bukan pada Nas. Pada kawan-kawan Nas. Pantang Nas bila orang lain libatkan kawan-kawan Nas tentang masalah Nas. Macam menempah pelempang dari aku je!

Tapi disebabkan kes ni, banyak pengajaran yang Nas dapat. 

Dalam hidup, memang akan ada ujian yang akan allah berikan kepada setiap hambanya. Tapi kita yang menentukan sama ada ujian itu membuatkan kita makin dekat dengan allah atau jauh daripada allah. Bila ujian itu hadir, mengadu pada allah. Sebab allah sahaja yang boleh bantu kita. Faham kita! Paling penting hanya dengan mengingati Allah, hati ini akan menjadi tenang.

Jangan bersedih kalau kita diberi ujian. Hadapinya dengan sabar. Kerana mungkin dengan kesabaran itu, Allah mengangkat darjat kita.