Syarahan Lagi??

by - 20:59

ASSALAMUALAIKUM

Setelah sekian lama blog ini menjadi rumah labah-labah, lipas, cicak dan sebagainya, hari ni Nas akan membersihkan kembali blog ini daripada binatang-binatang yang tidak dikehendaki. (Suka hati je ko letak perumpamaan entah hape-hape ko tu!) 

Sejujurnya, Nas sendiri takde bahan nak dicoretkan di blog yang tidak femes ini.. uhuhuk! Apalah nasib.. hanya mampu menangis meratapi hakikat bahawa blog ini hanya dipandang sebelah mata sahaja... 

Fikir punya fikir, Nas decide nak meluahkan perasaan yang memang takde kena mengena dengan hidup korang dan korang pun mesti tak nak dengar sebab entry ni bosan giler.. FUHHH..

Ok, mulakan sesi luahan perasaan. Nas sekali lagi masuk acara Syarahan Bahasa Melayu untuk mewakili rumah sukan Nas 'Salman Al-Farisi' . Sejujurnya, Nas gembira dapat jadi wakil untuk firqah Nas untuk acara ni. Memang daripada tahun lepas dah terfikir nak masuk sebab nak membalas dendam sebab tahun lepas dapat no 2 je. Jadi tahun ni nak cuba dapatkan tempat pertama.

 Maka, berlalulah hari-hari Nas dengan perasaan penuh ceria.. Hari berganti hari, tiba-tiba Nas terdengar desas desus mengatakan ada seorang budak ni tukar acara daripada Syarahan Bahasa Arab ke Syarahan Bahasa Melayu. Time tu, rasa tercabar pun ada juga sebab Nas tahu dia ada potensi. ( Act, yang lain pun ada juga! hehe) 

Nas ada dengar yang dia tukar atas permintaan cikgu juga. Cikgu tu nakkkkk sangat dia jadi wakil sekolah untuk syarahan bahasa melayu. Cikgu tu puji melangit! Cakap yang dia ada intonasi yang pelbagai dan berani! OK. Nas tak heran pun sebenarnya hak hak..

Cuma ada satu benda sahaja yang Nas agak terkilan dengan apa yang cikgu tu buat. Cikgu telah membantu budak tu untuk membuat teks yang sudah semestinya tatabahasa dan penggunaan kata yang tepat lagi mantap! Tapi kami yang lain? Kami kena buat sendiri ye?? Kami olah sendiri.. Budak tu? Petik jari je... Yang tinggal cuma kena praktis sahaja.. 

Kalau macam itulah cikgu, apa kata dia lawan sorang-sorang? Cikgu nak dia jadi wakil kan cikgu? Lagi senang.. 

Maaf... Saya hanya meminta keadilan daripada cikgu untuk kami!


You May Also Like

1 comments

  1. this is so not fair. I mean why bother doing the competition in first place if you got the winner already

    ReplyDelete