無料で ( Muryo de)

ASSALAMUALAIKUM

hai sayang-sayang semua! Sekali lagi blog ni menjadi sunyi sepi tanpa sebarang cerita baru yang ingin dikongsi oleh si pengarang yang banyak songeh ni. Nas tahu, korang mesti tak faham apa maksud 'Muryo de' ni. Act, maksudnya ialah KOSONG . Tapi tak tahulah betul ke tak sebab guna google translate je. hehe..

Perkataan 'Muryo de' ni nak menggambarkan fikiran Nas sepanjang cuti akhir tahun ni. Sebab apa? Sebab fikiran Nas ni macam tak ada pape. Tak tahu nak buat apa. Setiap hari buat benda yang sama. Bangun pagi buka laptop, Stop kejap, makan. Lepastu buka balik laptop. Stop lagi makan. And it's repeating sampai waktu tidur. Walaupun hakikatnya banyak benda yang boleh buat. Lagi-lagi belajar. Tapi.....

Baru-baru ni buka SAPS untuk tengok result. Tak sangka yang tindakan Nas ini membuatkan Nas kemurungan untuk beberapa hari..


Nas terfikir, Nak jawab apa nanti kat mak ayah? senyum je kot.. 




RESULT

ASSALAMUALAIKUM

source: google image
Fuuh! Fuuhh! Dah bersarang blog ni. Banyak pula keturunan labah-labah, lipas dan seangkatan dengannya yang hidup dalam blog Nas. *cehh, padahal tak ada pun. over kemahin!* Act, lama tak menghupdate blog ni pasal tak ada mood. Lari ke mana entah mood berblogging yang dulunya tergila-gila sampai bermissing-missing (berindu-rinduan) bagai. Sekarang ni baru nak memujuk mood tu datang balik. Kalau nak menunggu je mood tu datang, memang lambat lagilah nampak gayanya!

Harini nak share pasal result. Result apa ya sayang?

Result periksalah.. Sudah nama pun pelajar, ya dok?

K k .. malas nak meghapu. Bukan korang suka baca pun. 

Result. Setakat ni, ada yang mengecewakan dan ada yang membanggakan. hehe .. kalau nak diikutkanlah, result KBSM setakat ni 'ok' lah.. sebab masih mencapai target walaupun tak boleh membanggakan langsung! 

Result Azhari erm.. (hanya mampu tersengih) Mostly, markah oklah.. cuma satu subjek ni je yang selalu kecundang. Tapi! Meningkatlah daripada Exam PPT aritu.. Subjek tu ialah nahu sorof yakni pelajaran berkaitan tentang tatabahasa arab lah.. lebih kurang camtulah. Nas tak minat bahasa arab. Nak faham jauh sekali. Kalau faham pun macam hujung-hujung kuku je.. haaa ..

Tadi baru dapat markah periksa Matematik. Setakat ni, markah subjek ni paling membanggakan. Bukan Meriya'kan ya. hehe.. alhamdulillah dapat A. syukur! Subjek paling Nas suka pula tu.. dapatlah menebus kekhilafan Nas masa exam PPT yang atas pagar dapat B. which means hampir C! And, sampai sekarang Nas tak boleh lupa betapa STTREESSSnya masa jawab matematik time PPT. rasa cam nak menyalahkan tut tut jer... haishh. Tapi tak apalah, Nas tak ada rezeki time tu. 

Sekarang, masih menunggu result subjek-subjek yang masih tak dapat lagi. Doakan kejayaan Nas sebab pesaing Nas ramai sangat! Dan! Tahun depan Nas menjadi candidates PT3 2016! so, Nas berharap dapat menjadi calon 11A+ untuk PT3 tahun depan.. ehehe... dapatlah merasa pakai button batch kan? hehe

Buat sahabat seblogger daripada samten dan pelajar samten, goodluck in your examination. Remember, this is not the ending! You still have something more to achieve next time. So, don't give up! You won't even know if Allah will give you the success in the next examination. So, if you give up now, you will regret. Who knows if you will success next time? And, maybe you try hard for the exam but you still not success, that mean there's something else that Allah want to give you. Rezeki Allah itu luas. Berserah dirilah kepada Allah selepas kita sudah berusaha kerana sesungguhnya Allah itu ialah perancang terbaik untuk kita.

source: google image


Tidur

Sedang kita bergembira dek cuti sekolah akibat jerebu
Kita lupa satu perkara
Perkara yang mampu menyebabkan nafas menjadi sempit
Ketakutan yang tidak mampu digambarkan
Suatu ancaman yang daripada beribu-ribu tahun telah diberitahu
Namun kita masih tidak menyiapkan apa-apa untuk menempuh hari itu!

Kerana apa?
Kerana harinya masih kekal misteri
Dek kerana tarikh yang tidak diketahui
Kita dibuai dengan kemewahan dan kegembiraan nikmat dunia!
Tanpa mengingati hari yang sangat menggentarkan itu!

Pabila matahari terbit dari arah barat, 
Baru kita sedar.. 
ALLAH! ALLAH! ALLAH!
Aku tak bertaubat lagi ya Allah!
Aku tak mampu untuk tempuhi hari ini ya Allah!
Kau ampunilah aku ya Allah!!

Tika itu, rintihan mu tidak langsung bererti..
Apa yang kau lakukan sebelum ini?
Aku beri kau banyak masa untuk bertaubat!
Tapi apa yang kau lakukan?
Penuhinya dengan maksiat dan benda-benda yang lagha!
Kau lupa pada Allah!

Maka pabila kau dihitung..
Beratlah hitungan kejahatanmu..
Akhirnya kau pun DICAMPAK ke dalam neraka..
ingat, CAMPAK! sebagai mana kau campak sampah ke dalam tong sampah..
Begitulah kau akan dicampak!
Malah mungkin lebih dari itu!

Awak... ada satu tanda-tanda besar kiamat iaitu bumi ini akan keluar dukhan (asap). Ada kemungkinan besar jerebu inilah asapnya! Awak... sementara dajjal masih tidak datang.. Yakjuj makjuj belum keluar... Matahari masih terbit di sebelah timur.. Taubatlah! Taubatlah! Taubatlah! Sebelum kita menangis di akhirat kelak.. Maaf, Nas tak tahu macam mana nak sedarkan ummat islam yang masih TIDUR. Kalau ada akak-akak atau abang-abang di luar sana, jom sedarkan umat islam sebelum mereka persoalkan kita. Kenapa kau tak tegur aku dahulu?! Nas bukan dai'e.. jauh pula pendakwah yang hebat! Nas hanya orang biasa.. tapi cuba untuk mengingatkan ummat islam yang sedang leka. 

Nas pernah terfikir. Siyes. "Kenapa Allah nak uji manusia? Kenapa tak letak sahaja manusia dalam syurga?" Lepastu Nas fikir balik dan dapat jawapannya. Allah nak uji manusia sebab Allah nak tengok sejauh mana ketaqwaan kita kepada Dia. Sejauh mana cinta kita kepada Dia. Sebanyak mana pengorbanan yang kita lakukan untuk mendapat keredhaan Dia! Allah ciptakan syurga hanya untuk manusia yang terbaik! yakni Luar Biasa ketaqwaannya. 

Dunia ini ialah ujian terbesar untuk manusia. Hawa nafsu dan bisikan syaitan menguatkan lagi ujian itu.. Hanya dengan iman dan doa sahaja kita mampu tumbangkan ujian ini! Ayuh muslimin dan muslimat! Kita kejar Jannah! Bukan kejar pakwe or makwe.. bukan kejar tudung bawal crepe yang tengah buat sale.. dan bukan kejar gadget-gadget yang melaghakan.. cukuplah.. 


"GIVE AWAY by BUDAK KACA MATA : JANGAN BACA NOVEL NI"


ASSALAMUALAIKUM

tarik nafas... fuhh lepas.. ok! act, Nas excited sangat nak masuk give away ni sebab hadiah dia memang best giler and Nas memang minat sangat dengan buku tu!! Hadiahnya ialah~ dung dung dung dung *bunyi drum*
credit kepada pak cik google
Yes, inilah hadiahnya.. Jangan Baca Novel NI. Jalan cerita dia sangat best and boleh membuatkan kita tak boleh nak berhenti baca and meremang bulu roma! Setakat ni Nas baru baca yang pertama. Itu pun cilok budak asrama punya.. ehehe. Aritu *dah lama dah* Nas nampak buku ni jual kat Jusco Maluri area KL. full tiga2 set ni. Masa nampak tu, nafsu memang nak beli je. Tapi disebabkan Nas masih kanak kanak *ye ke?* and still menggunakan duit mak ayah Nas tak beli. Tambahan pula, keluarga Nas jenis yang tak suka baca buku. So, bile beli they would be like...


ok, dah melencong jauh pula.. excited punya pasal. k, so silalah join GA ni.. kalau tak nak pun doakan Nas menang. Sebab Nas nak sangat buku ni!!

 photo GIVE BY bkm_zpshkz0u4oi.png

klik kat banner tu kalau nak join.. kuikui

so, yang Nas akan tag ialah~~


Nas ucapkan selamat maju jaya buat yang sertai ni! 

Ikhtilat, Punca Rosaknya Akhlak Remaja

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!

Acaner kesihatan teman teman blogger sekalian? sihat? Alhamdulillah, kalau sihat.. Baiklah, Nas ada soalan.. Pernah dengar perkataan Ikhtilat? Ikhtilat? Ape tuuuu??? hehe.. Ikhtilat bermaksud 'Percampuran Antara Lelaki dan Perempuan' Kenapa Nas kate Ikhtilat tu punca rosaknya akhlak remaja sekarang? Ok, rileks... jangan marah marah.. Biar Nas terangkan dulu.. tarik nafas~ lepas... fuhhh

Ok, kita telah sedia maklum yang bercouple itu haram.. berpegangan tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram itu haram.. (contoh2 zina and maksiat) but! kita sedar tak yang mendekati zina itu juga haram??

Allah ada menyebut dalam surah al isra' yang bermaksud "dan janganlah kamu mendekati zina" jadi telah jelas bahawa mendekati zina itu haram.. dan Ikhtilat itu ialah perkara yang mendekati zina..
Ok, Nas malas nak bebel panjang lebar pasal ikhtilat, korang layan video bawah ni dulu.. k?
Ambil segala input yang diberi.. alright?


faham? Hukum asalnya ialah haram.. tetapi diharuskan dalam 3 keadaan. Dakwah, Darurat dan Harus. Maksudnya kita tidak boleh bergaul antara berlainan jenis melainkan perkara yang penting SAHAJA! Mesti ada yang tertanyakan, kalau kene jaga ikhtilat , macam mana nak cari jodoh?? Well, ikut cara nabi lah.. Cari orang tengah.. Kakak ke abang ke ayah ke mak ke nenek ke atuk ke mak cik ke... dan kalau kita nak mengenali pasangan kite tu, kite tanyelah mak die ke, ayah die ke, kawan kawan dia ke, adik beradik ke.. jangan tanya orang bangla pulak.. hehe.. gurau2.. maaf ye.. sedikit selingan.. asiff! hehe..

Tapi, ada satu lagi perkara yang Nas nak sentuh dalam ikhtilat.. Nowadays, orang ramai jage ikhtilat dalam realiti.. but, how about in media social?? Nope.. diorang (mostly) bajet2 je jage ikhtilat.. kat tweet, fb, ig selamba badak je nak komen, chat, etc.!Marah ni.. marah ni! hehe well, layan video ni pulak


sekejap je kan?? hehe.. rase annoying lak dengan background lagu angry bird die tu.. hehe.. but, ambil apa yang die cuba sampaikan.. alright?

Sedar tak disebabkan ikhtilat, kita melakukan maksiat.. macamnilah. kita berborak dengan si dia.. berborak ni ikhtilat tau! bile dah tahu hati budi masing-masing, timbul cinta.. lepas cinta luahkan.. lepas luahkan couple.. bile couple terlepassss buat benda tu.. Allah.. jauhkanlah kami daripada perkara itu.. Nampak kaitannya? that's way ikhtilat ni bahaya! disebabkan bahayalah, allah dah bagi amaran siap2..

Masih tak rasa nak berubah? Ingatlah, perkara yang haram itu berdosa! Tak takut dosa? Ke, dah pasti masuk syurga? so, nak buat dosa lagi.. yelah, dah pasti ahli syurga... (angkat kening) Dunia ni dah tua.. dah bongkok tiga dah! Entah entah dah nak terbaring dah pun! Yakin ke jumaat ni tak kiamat? Tak payah cerita pasal kiamatlah.. cerita pasal MATI. Pasti lagi 5 saat anda baca lepas ni masih hidup, masih bernafas? fikirlah sendiri..

Nak berubah tak? (angguk cepat!) hehe.. meh, Nas ajar.. (angkat kening bertubi tubi) nah, tengok dulu video lawaks kat bawah ni.. wuut wuut! hihi


Haa.... Itulah caranya.. first! tundukkan pandangan! Second, pastikan jarak antara satu sama lain tak rapat.. lebih kurang 2 buah meja.. Jangan 1 km lak! hhehe.. Third! Chat off sume friends lelaki anda..
Fourth! Ingat Ikhtilat itu Haram! Berdosa! And belum tentu kita hidup lagi 5 saat.. (tak habis2 5saat.. hihi) Cuba bayangkanlah, kita mati dalam keadaan membuat dosa.. agak2, tempat kita kat akhirat kat mana?

Oklah, rasanya ini sahaja yang Nas mampu sampaikan.. Nas pun still dalam proses untuk berubah menjadi lebih baik.. but not in ikhtilatlah.. Nas punya soal zina mata dan hati.. Allah.. huhu.. Nas doakan yang terbaik untuk teman blogger yang ingin ikut berubah sama..

kalau rasa tak mampu, ingat! Bukan semua manusia boleh masuk ke syurga.. sebab syurga itu mahal! Dan kita kena berusaha untuk dapatkan syurga itu.. Nak give up? tengok dah sampai mana kita berubah.. takkan nak stop tengah jalan? Kira macam, it just waste your time..  Macam korang basuh pinggan jugak.. takkan sampai letak sabun je.. tak bilas dengan air. sebab dah give up. penat. lutut nak tercabut sebab berdiri lama sangat.

Jangan pernah berhenti berubah.. Mengadu pada Allah kalau rasa nak stop! nak give up! Doa pada Allah, supaya bantu kita untuk berubah.. kuatkan iman.. kuatkan semangat.. 

 Satu jelah nak cakap, Kalau ikhtilat pun tak boleh jaga, macam mana nak jaga amalan fardhu yang lain?


Sambutan Hari Raya (Penutup Syawal) with Artis~!

Assalamualaikum..

Salam 1 Zulkaedah! hehe.. semalam last syawal. Ni nak cite ni! Malam tadi, Nas dan keluarga dijemput oleh seorang producer "ARIE ZAHARI PRODUCTION." untuk pergi rumah terbuka yang diorang buat kat Bukit Meringin. Tempat yang sama, masa diorang shooting.. Nas ade waktu diorang shooting tu. Diorang shooting cerita "Puteri Labu". So, korang tunggulah kemunculan cerita tu! Channel berape, Nas tak ingat. Para pelakonnya, Syafiq Kyle, Nad Zainal, Cristina Suzanne, Adam Shah and ramai lagi.. Nas ada tangkap beberape gambar mase diorang shooting.








                                                     
 Photos Of the DAY!!




 Ok, back to the topic... So, yeah Nas dan keluarga dijemput ke rumah terbuka diorg..


Shamsul Ghau Ghau




Photobooth dulu~
So, itulah antara para artis yang datang masa rumah terbuka tu.. Tak banyak sangat gambar cause tak banyak artis yang Nas minat.. Nas baru berharap dapat jumpa Aeril Zafrel ke, Wawa Zainal ke, Schawalara ke.. hehehe.. tapi x dpt.. a.k.a tak datang.. haha! Kalau nak cakap pasal makanan, korang rase makanan die vogue tak?? fikir2! tik tok tik tok.. time is running out~ hihihi.. Ok, actually makanan dia biase2 je.. tak vogue.. plus buat kat rumah yg diorg shoot je.. bukannya hotel 5 bintang! makanannya ade nasi impit, ayam masak merah, lemang, satay, kuah kacang, sandwiches, candies, marshmallow bersalut chocolate fountain.. yeah something like that.. Sape yang terliur tu cepat2lah ambik tisu, lap ye? Karang banjir tak tentu pasal.. hihihi well, itulah serba sedikit yang Nas boleh kongsikan buat blogger semua.. Oh! sebelum Nas nak akhiri bebelan Nas, Nas nak cakap yang Nas ade buat community kat google+.. korg search lah Malaysian Blogger.. Tujuan Nas buat tu, cause nak menambah friends and get to know each other... a.k.a merapatkan ukhuwah.. hehe ok,itu je kot.

Last Picture!! Kelas Kau Jemah!!

mohon jangan gelak! Nas tahu Nas tak lawo~!







Adakah kita ingat pada DIA?




Assalamualaikum.

Dia? Siapakah dia yang Nas maksudkan? Dialah Muhammad SAW. Nabi kita.

Persoalannya, adakah kita mengingati baginda? Adakah kita mencintai baginda sebagaimana baginda mencintai kita? Adakah kita rindu pada baginda? Kalau sahabat kata "ya", apa buktinya? Kalau benar kita rindu pada baginda, sayang pada baginda, cinta pada baginda, apa yang kita dah lakukan untuk menunjukkan kita sayang pada baginda?

Pada suatu hari rasulullah berkata kepada para sahabatnya, " Wahai Abu bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dengan saudara-saudaraku"

"Apakah maksudmu berkata demikian, wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?" kata Abu Bakar.  

"Tidak wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku, tetapi bukan saudara-saudaraku." jawab Rasulullah.

"Kami juga saudara-saudaramu, wahai rasullah" kata sahabat yang lain pula. Rasululah menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Lalu Rasulullah bersabda :-

"Saudara-saudaraku adalah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku dan mereka mencintai aku melebihi anak dan orang tua mereka. Mereka itu adalah saudara-saudaraku dan mereka bersama denganku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku,"Rasulullah rindukan kita sahabat! Adakah kita rindukan rasulullah? Kalau ya, adakah kita menitiskan air mata apabila teringat pada rasulullah? Rasulullah menitiskan air mata apabila teringat pada kita. Tapi kita?

Apa perasaan kita bila kita cinta pada seseorang. Kita sentiasa ingat pada dia. Tapi dia tidak ingat pada kita. Dia tidak cintakan kita! Sakit hati? Sedih? Itulah apa yang rasulullah rasa. Tanpa rasulullah, kita pasti sudah terumbang ambing di dunia penuh maksiat ini. Kita pasti sudah jauh terjerumus dalam lembah kesesatan.

Lupakah sahabat, betapa susahnya rasulullah ingin menyebarkan agama islam? Rasulullah diherdik, dicaci, dibaling batu sehingga berdarah, umatnya menolak ajaran yang dibawa olehnya dan bermacam-macam lagi rintangan yang dilalui oleh rasulullah. Kalau sahabat sayang nabi, cinta nabi, jangan jadikan segala susah payah nabi menjadi sia-sia! Nanti di akhirat kita juga yang akan berjumpa nabi untuk meminta syafaat daripada nabi. Tak malukah kita? Di dunia kita lupa pada dia, tidak mengikut ajaran yang dibawa. Tapi di akhirat kita meminta pertolongan daripada rasulullah. Kejamnya.. kejamnya kita.

Diharapkan, sama-samalah kita lebih mencintai nabi lebih daripada cinta kepada ajnabi (lelaki), ibu bapa, adik beradik, sahabat, dan segala-galanya. Apabila sahabat cintakan rasulullah, automatic kita akan cintakan allah. Semoga entry ini bermanfaat kepada sahabat Nas yang sedang baca ni.

Sentap? Alhamdulillah, ini menunjukkan anda masih ada iman. Jangan pernah mengalah untuk berubah menjadi baik. Allah akan bantu anda jika niat itu ikhlas. Nas pun masih dalam proses untuk berubah menjadi baik. Sedang cuba menjaga pandangan, menjaga ikhtilat, jauhkan diri daripada melakukan benda lagha. Dan yang paling penting, menjaga hati daripada jatuh hati pada yang bukan ditakdirkan untuk Nas. Kerana hati dan cinta Nas hanya untuk nabi Muhammad SAW dan Allah. 



Result PPT

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari ni Nas masih lagi dapat melihat dunia ini. Dapat menghirup oxygen yang tak sesegar mana (duk kat kuala lumpur, mana nak segarnya -_-) dan paling penting masih diberi nikmat iman. Alhamdulillah.

Baiklah, back to our topic. Pada 26 jun, sekolah Nas ada buat Hari Kita Bicara. (hari report card) Kaki Nas menggeletar habis! Nak tercabut rasanya lutut Nas! Nas dah tahu result Nas berapa, tapi Nas takut apa yang mak Nas cakap nanti. Akhirnya mak Nas datang. Nas pun bawak mak Nas jumpa guru kelas. Satu persatu gred yang Nas dapat mak Nas tengok.

Nas actually dapat 8B 1C. Tak ada A langsung! cuak gilo waktu tu. Tapi sejujurnya periksa ni susah. Even budak paling pandai pun dapat 3A je. Nas dapat no 7 dalam kelas. Alhamdulillah, dapat top 10! Nas tahu susah untuk Nas capai top 10 tu. Sebab budak-budak kelas Nas semuanya otak geliga. Even yang dapat no last sekalipun, bila kita leka sekejap je, dia dah boleh lepasi kita. Nampak betapa sengitnya saingan kat kelas Nas? Kalau kedudukan dalam form pula Nas dapat no 9. Alhamdulillah. hehe... still top 10 gak. Nak tahu, ada 2 orang budak daripada kelas sebelah boleh pecut kelas Nas. Ini menunjukkan, jangan pandang rendah pada kelas lain.

Alhamdulillah mak Nas tak marah-marah sangat, cuma ayah jelah. Nas macam biasalah, sengih je mampu. Sebab Nas dah redha dengan ketentuan Allah. Walaupun ada satu markah azhari Nas yang teruk gile nak mam. Tak mahu sebutlah markahnya berapa, malu je.

Budak-budak kelas Nas sume dah membara semangat diorang nak belajar. Nas tak boleh tertinggal! Nanti Nas akan tersungkur sekali lagi. Tak mahu! Nas nak stay top 10. Sebab itulah matlamat hidup Nas. jadi pelajar top kat sekolah. ecehh.





moga ukhuwah kami berkekalan.. aamiin. doakan kejayaan kami! goodluck guys~

Memori Terindah ---> STEM 2015


Assalamualaikum

Sebenarnya Nas sebak nak cerita pasal kem STEM ni... kenapa?? sebab kem ni sangat-sangat best! Bila Nas nak cerita, Nas rasa sedih sebab terpaksa meninggalkan kem yang best and banyak input ni. Tapi apalah daya Nas sebagai seorang hamba untuk menghentikan masa. Setiap pertemuan akan ada perpisahan. Lagipun ia hanyalah kem! kem untuk menambahkan ilmu dan pengalaman bagi setiap pelajar yang menyertai kem ini.

Nas ingat lagi, waktu tu periksa Sivik. Last day examination bagi setiap pelajar. Kecuali Naslah sebab Nas ada lagi 3 paper tak jawab. sebab Nas demam haritu.. huhu.. Tiba-tiba dua orang Cikgu Nas masuk. Dia ketuk pintu.

"Maaf mengambil masa kamu sekejap. Cikgu ada pemberitahuan. Ada sesiapa yang berminat untuk menyertai kem STEM tak? Maksud STEM ni ialah Science Technology Engineering Mathematics. Kem ni akan diadakan di UKM,Bangi. Seramai 20 orang cikgu perlukan. Semuanya percuma. Kem ini peringkat kebangsaan. Akan diadakan selama 6 hari 5 malam.. Ada sesiapa berminat??"
Nas dah tahu beberapa hari sebelum cikgu bagitahu hari tu. Nas mula-mula fikir tak nak sertai kem ni. Sebab 6 hari kut! Nas telah mengambil 6 hari yang penting daripada cuti pertengahan tahun ni! Nas takkan bazirkan masa selama 6 hari untuk kem yang entah best atau tidak ni. Lagipun Nas agak fobia bila dengar perkataan 'KEM' ni.. why?? sebab Nas pernah merasa 'alone' kat kem. dan Nas tak sukakannya. Sampailah hari tu, tak tahu kenapa, hati Nas tergerak nak pergi. Nas tanya kawan Nas kat belakang. Nas tanya dia nak pergi atau tidak. Dia kata dia nak pergi. Makin semangatlah Nas nak ikut! Orang depan and kiri Nas pun nak pergi. Nas pun pinjam telefon cikgu untuk mintak kebenaran kat ibu Nas. Al-maklumlah, Nas ni budak asrama. Nak tak nak, terpaksa pinjam telefon jugak.  Dengan izin Allah, allah telah gerakkan hati ibu Nas untuk memberi kebenaran kepada Nas untuk menyerta kem ini.

Pagi petang siang malam hati Nas teragak-agak. Betulke keputusan yang aku buat ni?? Tapi banyak kali jugak Nas berbisik dalam hati Nas, 'Perancangan Allah itu yang terbaik untuk aku. I'll just follow the flow. Percaya kat Allah Nas'. Setiap kali lepas solat, Nas tak pernah lupa untuk titipkan doa supaya Nas akan dapat kawan baru kat sana. Nas cakap yang Nas nak cuba rapatkan ukhuwah antara sesama muslim. Nas juga ada cakap untuk keselamatan Nas jugak.

Setelah 2 hari berlalu, harinya tiba jua. Pada 30 Mei, 7 pagi. Nas sampai di bumi tarbiyah (SAM Hulu Langat). Hati Nas masih tak henti berbisik Betulke keputusan yang aku buat ni?? Nas masih tak percaya yang Nas sertai kem ni. Bila ternampak kawan-kawan Nas yang sertai kem ni jugak, Nas lupa semua kerisauan yang bertandang di hati. Yang Nas rasa hanyalah kebahagiaan bersama sahabat Nas.

orang belakang promote novel tu.. belilah ye?


so, this is some picture of me before we went to UKM. Pukul 8, kitorang bergerak ke UKM, Bangi naik kereta cikgu. Sampai kat pintu gerbang UKM, kitorang mula mencari Kolej Pendeta Za'ba di mana kitorang akan menginap. Susah jugaklah nak cari sebab UKM ni besar! banyak kali jugaklah kitorang pusing-pusing satu U ni. Namun walaubagaimanapun, Allah telah menunjukkan jalan. Kami sampai jugak ke kolej. Kitorang pun check-in bilik. Nas duduk sebilik dengan Khalisah dan Nabilah Harom. Walaupun biliknya kecil, tapi ia cukup memadai dan tak pernah kami terasa sedih kerana duduk 1 dorm 3 orang.

antara bilik paling hujung
Selesai letak barang. Nas and semua budak SAM10 gerak ke perhentian bas. Kitorang naik bas untuk pergi ke Dewan Budiman. Dalam Bas, Nas duduk dengan Nabilah Harom. Sebelum dapat tempat duduk tu adalah kawan Nas ni nama dia Umar. Dia kata macam ni "Weh Naseha. Duduklah sebelah die" Dia suruh Nas duduk sebelah lelaki. Lawak apa dia buat?~ #Hambar hahaha! ok2 sambung.. Akhirnya Nas pun duduklah dengan Nabilah. Depan seat kitorang ade sorang perempuan. Nabilah pun tanya "Sape name?" Dia pun cakaplah nama dia Aina. Kitorang pun mula bertukar-tukar perihal diri. Waktu tu, Nas rasa bersyukur, sebab Nas dah berjaya dapat seorang rakan baru.  Sampai sahaja kat Dewan Budiman tu, kitorang beratur untuk ambil tag. Pada mulanya Nas fikir tu tag biasa je, tapi sebenarnya tag kumpulan. Nas dapat tag warna ungu yang melambangkan unit Urban Infrastruction. yeah, i'm an engineer in this camp. ohohoho~ mula-mula Nas rasa macam apahal aku jadi engineer?! aku nak jadi Accountant! tetibe je..

Lepastu kitorang pun masuk dan dengar taklimat daripada akak fasi. Lepastu dengar pulak penerangan daripada penaja iaitu syarikat cari gali minyak dan gas iaitu EXXONMOBIL. Pernah dengar station minyak Esso?? itu bawah diorang. Tapi sekarang dah dibeli oleh Petron. Kereta f1 Mobil 1 pun diorang punya gak. Dekat setiap dunia ni, ada syarikat EXXONMOBIL ni. Nampak tak betapa kayanya diorang. 

penerangan hari ke-3 tentang pembinaan dasar pelantar minyak.

Selesai penerangan daripada EXXONMOBIL, kami diarahkan untuk duduk di dalam unit masing-masing. Kami duduk dalam kumpulan. Kumpulan Nas ialah Khalisah, Kamilah dan Robi. Robi ni kawan baru Nas. Orangnya sangat baik. Nama dia Robiatul Adawiyah. Kitorang mula belajar tentang Isaac Newton's Law. KLIK SINI kalau nak tahu lebih lanjut tentang 3 law yang dibuat oleh Isaac Newton. Kitorang buat experiment jugak. Experiment first kitorang kene buat payung terjun and jatukan pemberat kat tempat yang bertanda X sambil berlari. it's quite hard.. but still we make it. Experiment ni berkaitan dengan law pertama oleh Isaac Newton. Experiment ke 2 pula kitorang disediakan tali, tape, belon and straw. 1st kitorang tiup belon and lekatkan kat straw. straw tu pula masukkan kat tali tu. dua orang pegang setiap hujung tali and bagi tegang. lepastu lepaskn belon tu and kira berapa masa yg diperlukan. WTC (what the change) dia panjang straw and besar belon tu.

Lepastu kitorang disediakan minum pagi. Ingat lagi, Nas and kawan Nas Kamilah tak puas hati sebab kitorang tak faham konsep law Isaac Newton. Kitorang dok cari kat pakcik google. Lepas makan, kitorang masuk balik and belajar pasal Faraday Law. KLIK SINI kalau nak memahami tentang Faraday law ini. Kitorang x dapat buat cause kekurangan bahan so, kitorg just belajar mcm2 tu je.
Kemudian kami makan petang and balik ke bilik masing2. Lepas bersiap semua kami kena pergi ke surau untuk tunaikan solat maghrib. Sejujurnya Nas cakap sekolah Nas selalu yang terlambat datang. Walau macam manapun, kami tak pernah tak solat berjemaah waktu maghrib. Kami lambat bukan apa, sebab nak mandi kena take turn. Air pulak kecik cekenot je.. memang lambatlah.. ye dok? Usai solat, kami diberi makan malam. Kemudian solat isya'. Lepastu kitorg masuklah ke bilik unit masing-masing. Tak tahu kenapa, bilik inilah yang paling saya rindukan. Mungkin kerana banyaknya kenangan dan ilmu yang saya dapat di bilik ini. Bilik ini ialah bilik kimia.



Hari pertama di bilik tu, kami belajar cara engineer menilai kebersihan air. Kami belajar cara untuk cari ph air. Then akak-akak and abg fasi ada bagi air kolam kat kitorang. Mula-mula tu saya fikir air tu kotor. Yalah, mana taknya. air warna coklat! ada benda2 pelik pulak dalam tu. Tapi lepas dengar penjelasan diorang, sebenarnya air itu bersih sebab ada haiwan mikrovertebrata kat dalam air itu. haiwan2 ini hanya akan tinggal kat tempat yang bersih sahaja. Jadi ini bermakna air ini memanglah bersih. 1 malam sahaja, saya dah suka dengan kerjaya sebagai engineer. Pukul 10:30 malam, kami diberi supper. Lepastu balik dorm masing-masing.



Keesokan harinya Nas bangun pukul 5 pagi. Sebenarnya nak bangun pukul 4:30, tapi terlajak pulak! Nasib kawan terbangun. Kami pun siap-siap. Pergilah solat subuh kat surau Pendeta Za'ba. Usai solat, kitorang pergi semula ke Dewan Budiman dan dengar penerangan daripada EXXONMOBIL. Selesai minum pagi kitorang pergi ke bilik unit masing2. Hari ke 2 kami belajar cara membuat waterwheel. You know, Kincir air? Yeah, that's exactly what we do. Just using a bottle, tape, rope and pemberat. So, this what i've made with my group.

antara waterwheel paling kecil >//<
Lepastu, kitorang belajar cara buat pam air. Pam air ni digunakan untuk mengambil air drpd bawah tanah. Ini lah pam2 air yang unit urban buat.


Lepastu kitorang belajar cara untuk mengambil tanah. Tak tahu nak terangkan macam mana, but engineer ada guna benda ni. 
Malam itu, ada sharing daripada seorang prof kalau x silap. Dia cakap pasal Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dalam perspektif Islam. Jadi inilah antara slot paling best kat Dewan Budiman.. haha.Prof ada cerita tentang sejarah barat. Katanya, org kristian (paderi) akan bunuh org yg ilmunya bercanggah dengan agama. Maka terjadinya peperangan antara org2 barat and paderi kristian. Akhirnya paderi kristian kalah, dan mereka (org barat) meletakkan agama serendah2nya. Sebab itulah sekarang, ada ilmu yang bercanggah dengan agama. Nas ada tips untuk pembaca sekalian.

bacalah :- bismillahi tawakkaltu ala allah wala haula wala kuwwata illah billahi a'liyil a'zim..   kalau baca ni, maka syaitan akan mengangkat bendera putih.

Selesai sharing drpd prof, kitorg balik dorm. Then tidurlah.. krrooooooooooooohhhhhh~~~~~~

The next day, as usual.. EXXONMOBIL bagi penerangan. lepas minum pagi pergi bilik unit. Ok, hari tu kitorg belajar tentang filtration. Kitorang ambik tanah and campurkan dengan air. lepastu kitorang ambik kertas turas and letakkan kat satu bekas. then tunggulah sampai air tu kering. ok.. lepastu kitorang belajar tentang tegasan sentuh. The best learning and panic moment since i'm in unit urban infrastracture. kitorg kene buat model bangunan yang kukuh. beberapa lama menyiapkn bangunan, inilah hasilnya~~ tadaa!!




actually this is not what i'm thinking.. but it just we dont have much time to make it better. i've made a wrong calculation for it's base. so yeah, bangunan ni x kukuh sgt. = =" so ini ada video masa nak uji kekukuhan bangunan kitorg.. sebelum tengok, Nas mintak maaf kalau video ni terlalu bising dengan sara Nas yang tak merdu ini.. haha!


bangunan paling kukuh drpd grup 2

bangunan yg roboh smasa menguji kekukuhan bangunan

Lepastu, kitorang belajar tentang Waste Mangement.. what's that? ok, dimanakah sampah2 daripada rumah anda (yg x boleh dikitar semula) dibuang? do you even think about it? actually, sampah2 itu dihantar ke tempat pelupusan sampah. Caranya ialah dengan menanam sampah2 tersebut dengan tanah. Adalah cara2 spesifiknya.. Nas xleh nak terangkn. Kalau anda nak tahu, bertanyalah kat ruangan komen. Inshaallah Nas tolong jawab.

menguji tahap kebocoran sampah yg ditanam
Lepastu kitorg belajar psl Natural Disaster such as gempa bumi, letusan gunung berapi and something like that..

kotak2 tu mewakili bangunan. ini utk menguji bangunan mana yg akn jatuh dahulu

 Then, kitorg belajar pasal frekuensi. Setiap benda di dunia ni ada frekuensi. Contohnya seorang perempuan menyanyi. Ttibe gelas terpecah. Gelas tu pecah kerana frekuensi suara perempuan tu dgn gelas tu sama. it's the same bile sesebuah bangunan tu jatuh.. Lepastu, kitorg pun balik. and lakukan rutin mcm biasa. Malam itu ade perkongsian tntg math. but unfortunately, Nas x fhm habuk pun. cause Nas masuk lmbt. x ingat sbb ape. tpi yg pasti Nas masuk lmbt.

Esok paginya (hari ke 4) pagi2 ada ceramah daripada Kak Yam. dia bagi ceramah 2 hari. setiap pagi. ni antara gmbr sempat Nas curi2 ambik.. hehe

hari ke 4. dek kerana sume ngantuk, buat kat luar surau

hari ke -5.


Hari ke 4, hari terakhir Nas akan duduk kat bilik kimia. bilik unit urban infrstructure. pelajaran terakhir waktu tu ialah bagaimana cara tanah terhasil. actually tanah terhasil drpd batu yg telah melalui proses luluhawa. batu pulak ada 3 jenis. (yg Nas bljrlah). Igneus,Sedimen and Metamorf. Igneus terhasil drpd magma (larva) apabila magma mengeras. Sedimen pula terhasil drpd tanah melalui proses luluhawa pastu dimampat lalu terjadilah batu. Metamorf pula batuan yg mengalami tekanan and haba yg tinggi.

Itulah dia pelajaran yg terakhir, dan kali terakhir Nas masuk dlm bilik tu. Lepas tu, Nas diarahkn utk masuk ke dlm grup Smart City. Smart City ni akn digabungkn drpd semua unit. 3 Urban (Nas, Adriena and Ammar), 2 Energy (Fathimah and Atiqah), 2 Transportation (Pavithra and x ingat sorg lagi but indian jgk) and 2 Wireless (Faris and x ingat) hehe.. itulah dia group Nas.  Group Nas telah bercadang untuk buat Smart Island iaitu satu2nya pulau dlm program smart city ni. Dengan bantuan Fathimah, group ni berjalan agak lancar. Nas dalam group  ni jadi juru ukur bahan ngan Atiqah. Actually, Nas agak terkilan sbb dpt jawatan ni. yelah, penat2 Nas belajar selama 3 hari ni utk jdi engineer, but i just get juru ukur bahan. tpi, perancangan Allah itu yg terbaikkn? Nas pun redha jelah.

Macam2 rintangan yg Nas lalui selama 2 hari selebihnya ni. Kene marah ngan Fathimah, pening dengan perangai Dato' Bandar (Faris) yg slalu hilang entah ke mana. Nas sbenarnya x berapa suka dengan Fathimah. sbb ego dia terlalu tinggi. Tapi Nas cuba fahami dia. Nas tahu, dia nk terbaik utk group dia. Dan Nas tahu dia mewarisi sifat tegas ayah dia. Nas cuba untuk fahami diri dia. Tapi apa jelah yg Nas boleh buat. Nas manusia jugak. Nas tak pernah tak terasa hati bila bersama dengan dia. Tapi Nas tak bencikan dia. Nas tahu, sebab dialah.. oppss! xleh smbg, nnti spoil lak!.. hehe.. sorry, nnti smbg balik.

Tibalah hari terakhir, iaitu hari pameran. And, island kitorang dinamakan sebagai 'Last Minute Island'. semuanya bermula sebab Nas nak buat punchline jer.. tapi fasi kata bagus jugak letak nama tu. Nas ckp last minute island sbb pulau yg kitorg buat ni last minute. and kitorglah group terakhir yg siapkn. so, mmg last minute.


gua yg menyebabkn terjadinya pulau last minute island. (mnjdi tarikn pelancong)

atas gunug tu ada kincir angin. bangunan hujung kiri tu ialah residential.

airport

pulau solar. 
bersama Dato' Bandar (Faris)
Nas nak share sikit antara smart city yg dibina oleh group lain...







Actually ada lagi yang gempak, but tak ada masa nak ambik cause kena layan juri and tetamu yang hadir.. Tibalah waktu pelancaran kem STEM ni.. Umar, kawan Nas yang kacau Nas masa kat bas tu duk kayuh basikal ni.. jom tengok!


sorry for the bad quality..

Setelah beberapa lama, tetiba abg fasi Nas. Nama dia Abg Muaz. Dialah yang banyak bantu Nas sejak kat unit Urban lagi. Dialah antara fasi yang Nas rindu. Abg Muaz dengar cite yg group kitorg dpt tempat pertama dlm smart city. Nas fikir dia tipu! sebab dia ni mmg suke loyar buruk sikit. Tapi tengok2, mmg betul! Kitorg menang tempat pertama! Nas mmg x percaya! sebab kitorg dh lah buat last minute. Kalau korg tengok, bangunan kitorg pun xde havoc sgt! cmtu2 je.. tpi mng.. Abg kate yg kitorg mng sbb semua barang2 elektrik berfungsi. Alhamdulillah, allah permudahkan segalanya. Nas memang selalu mendoakan supaya group Nas akan menang. Tanpa disangka-sangka, Allah terima doa Nas. Alhamdulillah.. terima kasih ya allah. Nas nak sambung pasal Fathimah.. Nas nak cakap yg Nas tak mampu nk benci dia.. sebab dia dh banyak berjasa pd group Nas, kalau dia tak bertegas, mungkin group kami tak akan menang. Terima kasih Fathimah. Tapi tulah, tak mo garang sgt na~ macam rimau! takut org nk dekat! hehehe..

Itulah sedikit sebanyak apa yg berlaku di kem STEM. Semoga anda yang membaca ni terhibur dan mendapat ilmu baru.

Sebelum Nas nak undur diri.. Nas nak cite pasal abg fasi sorg ni. Nama dia Abang Taufiq. Dia ni ganteng bak kate org indonlah.. hahaha... dia selalu jugaklah kacau Nas. Dia panggil Nas ni Habibah. Pasai muka Nas ni sebijik macam kwn dia yg nama Habibah. Kdg2 klu terjumpa, mulut dia ringan ja panggil Nas Habibah. Waktu mula2 tu mmg pelik and kekok jgklah.. tapi lama2 dh biasa. Dan skrg ni, rasa rindu pulak bila dah tak jumpa abg Taufiq. Semuanya hanya kenangan sekarang. Ingat lagi, hari terakhir kat STEM. Nas tak duduk pasai takde kerusi. Nas pun berdiri jelah. Abg Taufiq wktu tu kat blkg je. Dia kate cmni.

"eh, duduklah.. pergi ambik kerusi"
"eh, x pelah abg.. saya dh lama dh duduk nak berdiri pulak lah" Nas jawab cmtu. ttiba dia ckp cmni!
"abg ckp betul ni.. klu tak nak ambik, abg ambik kn" kaki dia dh mula bergerak nk ambik kerusi utk Nas. Wktu tu Nas tersentuh sgt2! Tak pernah ada fasi sebaik mcm ni.. Nampak macho pun ada gak.. Bertuah betul Nas dpt jumpa org sebaik abg Taufiq.
"abg! tak payahlah.." Nas menolak. Dia pun tak ambikkan 
Ada lagi satu ayat dia yg buat Nas tersentuh. Waktu tu kat bilik urban. Waktu ni first time, dia ckp dengan Nas. And waktu nilah yg dia bgi tahu psl kwn dia Habibah tu.

"eh, nak tahu tak? abg ada kawan muka sebijik mcm kamu. mcm kwn kamu lgi sorg tu pun sama"
"yeke? abg ade gmbr die?" Nas tanya abg tu.. yelah nkkn kepastian.. pasal dh ramai sgt org ckp muka Nas ni same dgn tulah.. inilah. Abg tu sengih kat Nas. pastu dia cakap.
"Abg tak simpan gambar perempuan.. ceh~" Dengar je ayat yg terpacul keluar kat mulut abg Taufiq ni Nas terus kaku. Macam.. ya allah, bagusnya abg ni.. Nas pun senyum jelah.. pastu smbg eksperiment.
Itulah kisah abg Taufiq.. akan ku kenang sampai bila-bila. Nas sangat2 tak menyesal pergi kem ni. Kem ni yang paling best antara semua kem yang Nas dh pergi. Nas akan sentiasa ingat memori ni. Dan akan Nas simpan memori ni dengan sebaiknya dalam kotak memori. Terima kasih ya allah kerana memilih aku untuk menyertai kem ini